Sebelum itu,saya ingin bertanya kepada kamu semua sebuah teka
teki,sila jawab sebelum membaca petikan seterusnya di bawah..teka tekinya
berbunyi begini; “Siapakah yang bersama kamu setiap hari selama 24 jam?Dah
jawab??ok,sila teruskan pembacaan anda.. ;p”
Apabila anda bertanya kepada rakan, ‘Siapakah orang yang dicintai
dalam hidup?”Ramai akan menjawab,-Ibu,Ayah,Abang,Rakan baik dan
sebagainya.Jawapan yang bagus,sebaliknya manusia biasa lupa ada seorang lagi
yang amat penting untuk dicintai.Orang ini penting kerana anda bersama beliau
24 jam sehari.Tepat sekali,ia adalah diri anda sendiri!Ada sebuah kisah menarik
tentang seorang yang serba kekurangan tetapi masih mencintai diri beliau
sendiri.
Nick Vujicic dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana menghidapi
penyakit ganjil yang diberi nama saintifik Tetra-amelia Syndrome.Di
sekolah,beliau di buli dengan teruk sehingga beliau jatuh murung.Pada umur 10
tahun,beliau melakukan satu cubaan membunuh diri dengan cuba melemaskan diri.
Suatu masa,Nick terbaca sebuah artikel akhbar tentang seorang yang
menghidap penyakit kronik.Kejadian tersebut menyedarkan Nick bahawa bukan
beliau sahaja yang mempunyai kekurangan,sebaliknya ramai lagi yang diuji dengan
lebih dashyat.Nick mula member focus bahawa beliau mampu bertutur dengan baik
dan sihat tubuh badan.Beliau mula mencipta kejayaan apabila bergelar jutawan
hartanah.Hari ini Nick juga adalah seorang penceramah motivasi yang telah
menginspirasikan 3 juta orang di 24 negara.
~Nick yang mengalami kecacatan sejak kecil tapi masih teguh
meneruskan hidupnya~
Lihat kan??betapa pentingnya keyakinan terhadap diri sendiri
hingga kita mampu mencipta kejayaan buat diri kita sendiri tanpa melihat
kekurangan yang ada pada diri kita sendiri..Jangan melihat kekurangan itu
sebagai punca untuk kita jatuh dan gagal tetapi lihatlah kekurangan itu sebagai
titik permulaan untuk kita mendidik diri kita menjadi lebih berjaya.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCINTAI DIRI SENDIRI ;
1)Terima diri anda seadanya :
Sebelum anda boleh mencintai diri sendiri,anda perlu belajar untuk
menerima diri anda sendiri seadanya.Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa
anda.Terima kelemahan dan kekurangan diri.Jangan mengharapkan kesempurnaan
kerana tiada manusia yang sempurna.
Keyakinan terhadap Allah s.w.t. membuatkan kita yakin bahawa Dia
mengurniakan kelemahan kepada kita untuk kita mempelajari bagaimana untuk
menukar kelemahan tersebut menjadi kekuatan.Dalam masa yang sama,ia akan
menjadikan anda manusia yang lebih tabah.
2)Sediakan Jurnal Kejayaan:
Mengapa sesetengah manusia mempunyai keyakina diri sedangkan
sesetengah yang lain tidak?Hakikatnya,Allah mengurniakan manusia dengan
kebolehan untuk memilih focus pemikiran mereka.
Orang yang kurang keyakinan diri selalu member focus terhadap
kekurangna dan kesilapan yang mereka lakukan.Mereka abaikan dalam minda mereka
pencapaian-pencapaian dan kekuatan diri mereka.Sebaliknya orang yang
berkeyakinan diri member focus kepada kekuatan diri sendiri dan dalam masa yang
sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.
Tulis apa jua kejayaan sama ada kecil atau besar dalam Jurnal
Kejayaan anda.Tiada kejayaan yang terlalu kecil unduk disenaraikan.Apabila anda
dalam keadaan sedih,kecewa dan murung,teliti kembali kejayaan-kejayaan yang
anda pernah lakarkan dan insya-Allah,anda akan kembali bersemangat.
3)Tulis “Surat Kepada Aku” ;
Apa perasaan anda apabila diberi penghargaan oleh orang lain?Tentu
sekali gembira.Apa kata anda beri kepujian kepada diri sendiri.Ini adalah satu
latihan yang amat berkuasa dan saya yakin ramai di antara pembaca akan
menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.
Anda hanya perlu 15 minit sahaja untuk menulis “Surat Kepada
Aku”.Tiada format tertentu untuk menulis surat ini,hanya luahkan dari lubuk
hati anda.Anda boleh gunakan ayat-ayat penghargaan seperti-“Saya bangga dengan
anda kerana……”Jika anda dihantui oleh kesilapan masa lepas,anda boleh gunakan
ayat-ayat seperti-“Tolong maafkan saya kerana….”Perbaiki kesilapan tersebut dan
belajar untuk maafkan diri sendiri..
Saya pernah lakukannya dan sungguh..berkesan..waktu saya melakukan
perkara seperti di atas,ketika itu saya masih dibangku sekolah dan menyertai
satu kem..program yang dianjurkan sungguh memberi kesedaran kepada saya untuk
bangkit daripada kegagalan yang pernah saya cipta ketika peperiksaan.Kegagalan
bermula dari saya sekolah rendah sehingga saya mengorak langkah ke sekolah
menengah rendah..kegagalan demi kegagalan yang saya tempuh namun,motivasi ini
telah menyuntik semangat saya untuk menebus semula kegagalan yang telah saya
tempah ..alhamdulilah..kesedaran saya terhadap betapa pentingnya menghargai
diri sendiri telah membuatkan saya mencipta rekod kejayaan yang saya sendiri
tidak sangka..sehingga keluarga tidak lagi memandang rendah kepada saya..!
Jadi,sekarang masa anda pula untuk mencuba melakukan
perubahan..dan mencipta kejayaan untuk masa depan yang lebih gemilang,,.SELAMAT
BERJAYA!
Petikan dari:GEN-Q

No comments:
Post a Comment