Kisah ini menceritakan tentang ayah dan
seorang anaknya yang telah Berjaya memperoleh ijazah
Suatu hari ayah dan anaknya beristirahat
di sebuah pangkir sambil berbual-bual di bawah pohon pokok berhampiran rumah
mereka.Anak asyik bercerita tentang rancangan-rancangannya serta kejayaan demi
kejayaan yang ingin dikecapinya dengan ijazah yang telah diperoleh.Anak tidak
lekang bercerita kepada ayahnya..Ayahnya setia mendengar tentang
rancangan-rancangan anaknya.Anaknya terus bercerita dan berasa bangga dengan
pendidikan yang telah diperolehnya.Tiba-tiba,kelihatan seekor burung pipit
hinggap di dahan tempat mereka beristirahat.Si ayah bertanya kepada si anak…
“Burung apa tu Man?”,Tanya si ayah.Si anak
menjawab, “burung pipit,ayah”.
Si ayah bertanya lagi, “Burung apa
tu,Man?. Si anak menjawab, “Takkanlah ayah tak kenal dengan burung pipit.Tu kan
burung pipit la ayah.
Si anak terus bercerita tentang
impiannya..si ayah masih bertanyakan soalan yang sama kepada si anak, “Tu
burung apa,Man? Si anak menunjukkan reaksi tidak senang dengan pertanyaan
ayahnya yang mengulangi soalan itu berulang kali hingga dia marah..sambil
menjawab dengan dua perkataan sahaja, “Burung pipit!”..
Si ayah tersenyum melihat reaksi anaknya
lalu berjalan masuk ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu.Si anak mula rasa
bersalah dengan tingkah lakunya yang mungkin menyakiti hati ayahnya itu.Si anak
berasa kesal dengan tindakannya tadi.
Si ayah keluar semula menuju kearah
anaknya yang masih berada di bawah pohon pokok yang rending itu sambil membawa
sebuah buku diari yg telah lusuh dan agak lama.Si ayah member buku diari itu
kepada anaknya.Buku diari itu berusia hampir 17 tahun yang lalu ketika anaknya
berusia 4 tahun.Lalu si anak membuka buku diari itu dan membacanya.
Coretan ayahnya;-------
“Ketika ini,aku bersama anakku,Arman
berehat-rehat di bawah sepohon pokok sambil menikmati alam yang indah.Anakku
bermain-main dengan girangnya.Tiba-tiba dia terlihat seekor burung yang hinggap
di sebatang dahan pokok tempat kami berehat.Dia bertanyakan tentang burung
itu.Anakku bertanya, “Burung apa tu ,yah?”Aku menjawab mengatakan bahwa burung
itu ialah burung pipit.Lalu anakku bertanya lagi, “Burung apa itu ,ayah?Aku
menjawab untuk kedua kalinya, “Itu burung pipitlah,sayang ankku”.
Anakku terus bermain-main..kemudian dia
masih tidak berpuas hati lalu bertanyakan lagi, “Itu burung apa,ayah?” Aku
berasa sedikit jengkel dengan pertanyaan anakku itu,Dia asyik bertanyakan
soalan yang sama biarpun aku telah memberikan jawapan yang sama kepadanya..Aku
hamper saja ingin marah kepadanya kerana bertanyakan soalan yang sama..Namun
aku masih bersabar dan mengukirkan senyuman sambil memberitahunya bahawa itu
burung pipit..
……………………………………………..
Si anak yang membaca buku diari itu
kemudiannya melihat ayahnya.Si anak menitiskan air mata kesal kerana telah
memarahi ayahnya..Si ayah tersenyum..
Moralnya: Tinggi mana pun pendidikan
seseorang itu,jika tiada sabarnya dalam diri maka tidak berguna juga pendidikan
yang diterimanya.Hanya dengan kesabaran kita mampu mendidik akal dan minda kita
supaya sentiasa bertindak positif.. ;)

No comments:
Post a Comment