Anthony de Mello menulis di dalam bukunya
yang bertajuk Berjalan di Atas Air,kisah seorang puteri raja yang terjumpa
dengan seekor katak di tepi kolam.Katak berkata, “Tuan Puteri yang baik
hati,hamba sebenarnya bukan katak tetapi putera raja yang terkena sumpahan.”
Tuan Puteri bertanya, “Dapatkah saya
membantu dan mengeluarkanmu daripada sumpahan itu?”
Katak menjawab, “Sekiranya hamba bertemu
seorang Puteri yang cantik lagi baik hati dan tinggal bersamanya selama tiga
hari dan tiga malam,sumpahan ini akan hilang dan hamba kembali menjadi manusia.”
“Baiklah.Saya akan membawamu pulang ke
istana,”balas puteri raja.
Semua orang mencebikkan wajah kerana
puteri membawa pulang seekor katak dan bercakap-cakap dengannya.Setiap hari
ktak itu dipelihara dan dilayani seperti seorang manusia.Ia diberi makan,tempat
tidur yang sesuai dan bilik yang hangat.Puteri tetap melakukannya walaupun
keluarganya menganggap dia aneh dan agak berlebihan.Selepas tiga hari tiga
malam,puteri menerima kejutan semasa bangun pagi.
Seorang pemuda tampan berdiri menghampiri
dan mengejutkannya daripada tidur lalu berkata, “Terima kasih,Tuan
Puteri.Keikhlasan dan perjuangan Tuan Puteri membebaskan hamba daripada
sumpahan itu!”
Ucapan terima kasih yang ikhlas muncul
pada waktu kita berbuat baik kepada orang lain yang juga ikhlas kepada
kita.Jangan hiraukan orang lain ataupun persekitaran yang memandang sinis kepda
kita semasa kita berbuat baik.Ini semua adalah fenomena biasa.Orang lain hanya
tahu membuat komen negatif semasa orang lain membuat sesuatu tanpa cuba
melakukan perkara yang sama ataupun lebih baik…
~(Cerita di atas hamper sama dengan cerita
Putera Katak yang ditayangkan dalam drama di televisyen TV3 tak lama dahulu,yer
tak??tapi cerita ni banyak member pengajaran kepada kita tanpa kita sedari dan
fahami motif cerita tersebut ditayangkan kepada umum..kita hanya fikir untuk
hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa mengetahui apa-apa yang cuba
disampaikan dalam mesej dan jalan cerita tersebut..)~

No comments:
Post a Comment