Tentang Penulis

Unknown | 21:23 | 0Comments |



Assalamualaikum..

Nama diberi Nor Abd Razak.Dilahir di negeri bertuah iaitu Perak Darul Ridzuan dan dibesarkan di sebuah negeri yang terkenal dengan loghat utaranya,apa lagi kalau bukan negeri Kedah Darul Aman.Mendapat pendidikan awal di sekolah tadika kemas Kem Lapangan Terbang,SP,Kedah.

Tahun 1 : SK Kem Lapangan Terbang,SP,Kedah.
Tahun 2-6 : SK Bandar Baru Sg Lalang,SP,Kedah.
SMKAJ,SMKDSWM,SM Teknik Gerik,SMK Sultan Idris Shah II.
Dan kini menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

Tak jauh daripada negeri saya dilahir dan dibesarkan.Impian ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti jauh dari kedua-dua buah negeri ini namun rezeki saya lebih ke bahagian utara.Terima dengan hati terbuka bahawa ini rezeki saya daripada Tuhan.Sedangkan di luar sana masih ramai yang tidak berpeluang untuk menyambung pengajian mereka.Alhamdulilah,saya masih diberi peluang untuk menyambung pengajian sehingga ke tahap ini dan insyAllah akan sambung lagi ke peringkat seterusnya andai diberi lagi peluang oleh-Nya.insyAllah.

Mula menulis dalam blog sekitar tahun 2010 dan pada ketika itu saya masih belum serius melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan blog.Sehingga tahun 2012 selepas tamat tingkatan 6,saya mula aktif berblogging  sementara menunggu keputusan STPM.Selepas itu,saya kembali suram dalam dunia blogging.Kini,permulaan tahun 2013,saya kembali menulis dalam blog secara aktif,insyAllah dan akan terus menggunakan medium blogging ini sebagai tempat untuk menyebarkan kebaikan.Kali ni,saya menggunakan nama blog HAMBA FAQIR dengan niat untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik,insyAllah.

~Ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.~

ALL IZ WELL

yang benar,
Nor Imtiyaz

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox