Cahaya VS Kegelapan

Unknown | 04:03 | 0Comments |



Cahaya..Itulah perkataan yang cukup sinonim dalam bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri yang diibaratkan sebagai cahaya penyuluh ke jalan yang benar.
Allah berfirman yang bermaksud : "Allah Pelindung orang yang beriman.Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan(kekafiran) kepada cahaya (iman)."(surah al-Baqarah 2:257).
Dalam bahasa Arab,cahaya disebut sebagai al-Nur dan al-Daw'.Namun dari segi istilahnya mempunyai maksud yang berlainan.Al-Nur merupakan membawa maksud cahaya yang menerangi manakala al-Daw' pula bermaksud cahaya yang menerangi dan membekalkan haba (panas) seperti cahaya lampu dan lilin.
Malah terdapat satu surah dalam al-Quran yang dinamakan dengan cahaya iaitu surah Al-Nur.Dalam ayat ke-35,terdapat keterangan bahawa apabila seseorang Muslim melaksanakan sesuatu berdasarkan suruhan Allah,nescaya akan terpancar cahaya dalam dirinya dan akan keluar daripada kegelapan kepada cahaya.
Cahaya juga sering dikaitkan dengan ilmu.Cahaya ilmu mampu menghapuskan kegelapan perkara yang batil.Namun,perlu diingati bahawa hati orang yang melakukan maksiat tidak sewenang-wenangnya dimasuki cahaya ilmu.
Selain ilmu,terdapat banyak perkara dalam Islam yang dikaitkan dengan cahaya,antaranya;solat,hidayah,keadaan orang yang beriman,takwa dan sebagainya.


<..................................................>

Aneh tetapi menarik.Cahaya dan kegelapan tidak mungkin wujud pada satu masa dan tempat yang sama.Cahaya dan kegelapan bersifat saling berlawanan.
Namun,lebih aneh,antara cahaya dan kegelapan,masih ada yang memilih kegelapan.Adakah kerana tidak nampak cahaya?Antara Islam dan kufur,ada yang memilih kufur.Ada yang memilih untuk menjadi jahil berbanding memenuhkan dada dengan ilmu.Lebih teruk,ada yang memperjuangkan perkara batil berbanding sesuatu yang benar.
Ada cendekiawan yang mengatakan bahawa kegelapan itu tidak wujud,yang wujud hanyalah cahaya.Apa hujahnya?Hujahnya mudah,kegelapan hanya akan wujud apabila cahaya tiada.Ini bermakna jahil hanya akan wujud jika ilmu tiada.Sedangkan sudah diketahui bahwa ilmu itu cahaya.
Berada dalam kegelapan dan menunggu sinar cahaya datang menerangi tidak mungkin mengundang sebarang perubahan.Biar berada dalam apa jua kegelapan sekalipun,dalam diri seorang manusia itu perlu berusaha untuk mencari cahaya.Begitu juga kejahilan dalam ilmu,maka carilah ilmu sebagai kekuatan diri.Konsep yang utama,taubat nasuha dan berusaha.
Pintalah cahaya daripada Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang memberi cahaya.Allah berfirman yang bermaksud:"Cahaya di atas cahaya(berlapis-lapis),Allah membimbing kepada cahaya-Nya sesiapa yang dikehendaki."(Surah al-Nur 24:35)


No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox