Cintailah diri sendiri

Unknown | 04:01 | 0Comments |





Sebelum itu,saya ingin bertanya kepada kamu semua sebuah teka teki,sila jawab sebelum membaca petikan seterusnya di bawah..teka tekinya berbunyi begini; “Siapakah yang bersama kamu setiap hari selama 24 jam?Dah jawab??ok,sila teruskan pembacaan anda.. ;p”

Apabila anda bertanya kepada rakan, ‘Siapakah orang yang dicintai dalam hidup?”Ramai akan menjawab,-Ibu,Ayah,Abang,Rakan baik dan sebagainya.Jawapan yang bagus,sebaliknya manusia biasa lupa ada seorang lagi yang amat penting untuk dicintai.Orang ini penting kerana anda bersama beliau 24 jam sehari.Tepat sekali,ia adalah diri anda sendiri!Ada sebuah kisah menarik tentang seorang yang serba kekurangan tetapi masih mencintai diri beliau sendiri.

Nick Vujicic dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana menghidapi penyakit ganjil yang diberi nama saintifik Tetra-amelia Syndrome.Di sekolah,beliau di buli dengan teruk sehingga beliau jatuh murung.Pada umur 10 tahun,beliau melakukan satu cubaan membunuh diri dengan cuba melemaskan diri.
Suatu masa,Nick terbaca sebuah artikel akhbar tentang seorang yang menghidap penyakit kronik.Kejadian tersebut menyedarkan Nick bahawa bukan beliau sahaja yang mempunyai kekurangan,sebaliknya ramai lagi yang diuji dengan lebih dashyat.Nick mula member focus bahawa beliau mampu bertutur dengan baik dan sihat tubuh badan.Beliau mula mencipta kejayaan apabila bergelar jutawan hartanah.Hari ini Nick juga adalah seorang penceramah motivasi yang telah menginspirasikan 3 juta orang di 24 negara.

~Nick yang mengalami kecacatan sejak kecil tapi masih teguh meneruskan hidupnya~

Lihat kan??betapa pentingnya keyakinan terhadap diri sendiri hingga kita mampu mencipta kejayaan buat diri kita sendiri tanpa melihat kekurangan yang ada pada diri kita sendiri..Jangan melihat kekurangan itu sebagai punca untuk kita jatuh dan gagal tetapi lihatlah kekurangan itu sebagai titik permulaan untuk kita mendidik diri kita menjadi lebih berjaya.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK  MENCINTAI DIRI SENDIRI ;

1)Terima diri anda seadanya :
Sebelum anda boleh mencintai diri sendiri,anda perlu belajar untuk menerima diri anda sendiri seadanya.Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa anda.Terima kelemahan dan kekurangan diri.Jangan mengharapkan kesempurnaan kerana tiada manusia yang sempurna.
Keyakinan terhadap Allah s.w.t. membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan kepada kita  untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan tersebut menjadi kekuatan.Dalam masa yang sama,ia akan menjadikan anda manusia yang lebih tabah.

2)Sediakan Jurnal Kejayaan:
Mengapa sesetengah manusia mempunyai keyakina diri sedangkan sesetengah yang lain tidak?Hakikatnya,Allah mengurniakan manusia dengan kebolehan untuk memilih focus pemikiran mereka.
Orang yang kurang keyakinan diri selalu member focus terhadap kekurangna dan kesilapan yang mereka lakukan.Mereka abaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan diri mereka.Sebaliknya orang yang berkeyakinan diri member focus kepada kekuatan diri sendiri dan dalam masa yang sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.
Tulis apa jua kejayaan sama ada kecil atau besar dalam Jurnal Kejayaan anda.Tiada kejayaan yang terlalu kecil unduk disenaraikan.Apabila anda dalam keadaan sedih,kecewa dan murung,teliti kembali kejayaan-kejayaan yang anda pernah lakarkan dan insya-Allah,anda akan kembali bersemangat.

3)Tulis “Surat Kepada Aku” ;
Apa perasaan anda apabila diberi penghargaan oleh orang lain?Tentu sekali gembira.Apa kata anda beri kepujian kepada diri sendiri.Ini adalah satu latihan yang amat berkuasa dan saya yakin ramai di antara pembaca akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.
Anda hanya perlu 15 minit sahaja untuk menulis “Surat Kepada Aku”.Tiada format tertentu untuk menulis surat ini,hanya luahkan dari lubuk hati anda.Anda boleh gunakan ayat-ayat penghargaan seperti-“Saya bangga dengan anda kerana……”Jika anda dihantui oleh kesilapan masa lepas,anda boleh gunakan ayat-ayat seperti-“Tolong maafkan saya kerana….”Perbaiki kesilapan tersebut dan belajar untuk maafkan diri sendiri..

Saya pernah lakukannya dan sungguh..berkesan..waktu saya melakukan perkara seperti di atas,ketika itu saya masih dibangku sekolah dan menyertai satu kem..program yang dianjurkan sungguh memberi kesedaran kepada saya untuk bangkit daripada kegagalan yang pernah saya cipta ketika peperiksaan.Kegagalan bermula dari saya sekolah rendah sehingga saya mengorak langkah ke sekolah menengah rendah..kegagalan demi kegagalan yang saya tempuh namun,motivasi ini telah menyuntik semangat saya untuk menebus semula kegagalan yang telah saya tempah ..alhamdulilah..kesedaran saya terhadap betapa pentingnya menghargai diri sendiri telah membuatkan saya mencipta rekod kejayaan yang saya sendiri tidak sangka..sehingga keluarga tidak lagi memandang rendah kepada saya..!
Jadi,sekarang masa anda pula untuk mencuba melakukan perubahan..dan mencipta kejayaan untuk masa depan yang lebih gemilang,,.SELAMAT BERJAYA!


Petikan dari:GEN-Q



No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox