C I N T A

Unknown | 21:41 | 0Comments |




Tajuk dah macam menarik ja kan..Pantang je dengar atau terbaca artikel mengenai C I N T A,sudah pasti ramai yang akan mengambil perhatian yang lebih terhadapnya.Namun,kita pada hari ini di buaikan oleh cinta yang tiada batasannya..cinta yang mengkhayalkan..saya yakin dan pasti hanya 30% saja cinta yang berlandaskan hukum syarak dan yang benar-benar mengikut landasan syariat yang dibenarkan dalam Islam..Selebihnya di mana??selebihnya ada pada anda,ya..tepuk dada tanyalah selera..berapa banyakkah cinta yang dapat kita lihat pada hari ini bersulamkan keikhlasan kerana Allah Taala??ataukah kita banyak  melihat cinta pada hari ini yang sering dilaungkan di paparan utama home facebook dengan kata-kata cinta yang cukup mengasyikkan berbau nafsu semata-mata..di manakan cinta Dia yang sepatutnya kita agung-agungkan??Jom kita telusuri jiwa kita..hanya ingatan buat diri kita yang mudah lupa..
Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak,Allah akan berfirman yang bermaksud: “Di manakah orang yang saling mencinta kerana-Ku?Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku;pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku.” (Riwayat Muslim)
Dari puncak gunung,pandangan matanya melebar ke segenap  dataran yang luas terbentang.Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan.Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.
Di sudutu itu dia memikirkan tentang agama yang disayangnyainya.Agama yang dianutinya.Memiliki penganut tetapi ramai yang tidak setia.Ramai yang telah lupa dan leka.Ramai mengaku masih beriman tetapi terpesong daripada amalan.Kalau kita ada teman,kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi,bagaimanakan perasaan ini?Pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih.Sedih memikirkan yeman yang tidak setia lagi.
Namun,andai kita lupa pada Islam,Allah sesekali tidak akan berasa rugi dan bersedih kerana janji Allah itu pasti.Islam tetap akan tertegak suatu hari nanti biarpun kini,mata ini tidak akan sempat melihat kilauan gemerlapan cahayanya menerangi seluruh alam.Biarpun kini terasa sukar cita-cita itu untuk digapai,pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati yang begitu jitu dan tulus untuk bangkit membawa obor kebenaran Islam.Golongan itu mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka.

Islam yang indah akan dapat diamalkan sepenuhnya.Dunia ini akan dibanjiri kasih sayang kepada Maha Pencipta dan sesame makhluk ciptaan-Nya.Tiada yang menindas dan tiada yang tertindas.Dunia akn dilimpahi rahmat berpanjangan.Tertegaknya kebenaran hukum Allah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana Dia tahu segalanya.Kerana Dia yang mencipta kita dan mengatur sistem hidup kita.(seperti kita mencipta robot lalu kitalah yang megawal dan mengatur segala sistem di dalam robot tersebut..)
Saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat Islam.Akan musnahlah kata-kata sinis yang memperlekehkan Islam.Tidak aka nada lagi lemparan kata-kata nista yang menghina agama Allah ini.Seluruh alam akan bersatu untuk berlindung di bawah redup kasih-Nya..
Subhanallah,Alhamdulilah,Wala’illah,Ha’illallah,Allahuakbar!
Maha Suci Allah yang mencipta apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..Sungguh benar Dialah yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya..Kita hanyalah manusia yang menumpang teduh di bawah panji-panji kasih-Nya,namun,masihkah kita mahu mendustai kebenaran ini?sedangkan apa yang kita miliki pada hari ini semuanya adalah pinjaman dan pinjaman itu adalah milik mutlak Allah S.W.T…Saya agak kecewa apabila melihat masih ada segelintir daripada kita yang masih lalai dan alpa akibat gelora ‘percintaan’ yang kononnya berlandaskan syariat Islam namun..sebaliknya bukan sebegitu..ayatnya senang, “Kami bercinta kerana Allah Taala..”..Wah,wah,..begitu mudah menggunakan bicara itu bagi membuktikan cinta kamu adalah kerana Allah Taala..sebenarnya..yang terbaik adalah menjalinkan ikatan yang sah menurut ajaran agama Islam yang sebenarnya..itu baru dikatakan , “Kami bercinta kerana Allah Taala”…Saya berharap selepas ini,tiada lagi sekadar omongan kosong saja mengenai bicara ini tapi tolonglah faham konsep C I N T A ..C I N T A yang sebenar menurut Islam begitu suci dan tulus,jadi janganlah sesekali kita sebagai manusia mencemari 
C I N T A itu..Sekian..

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox