Boleh ke halau nyamuk?

Unknown | 21:46 | 0Comments |




Jika korang masih tercari-cari bunga atau tumbuhan untuk dijadikan hiasan di laman rumah,mungkin korang patut memilih tumbuhan renek ini.Sama ada korang tinggal di kawasan kampong atau Bandar,tumbuhan ini mungkin yang paling sesuai di tanam di kawasan rumah korang tuh.

Tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai nama mengikut negeri masing-masing.Ada yang memanggilnya pokok cermin,jeremin,pokok jari lima ataupun pokok halau nyamuk.Walau apa jua nama yang diguna pakai,ia tetap tumbuhan yang sama.Secara saintifiknya,tumbuhan ini dikategorikan daripada keluarga jenis pelargonium graveolens.Ia dikatakan berasal dari Afrika Utara.Fizikalnya,tumbuhan ini berdaun hijau,mempunyai batang yang lembut dan mempunyai bunga berwarna ungu.

Pokok ini juga mudah ditemui di Malaysia.Kebanyakannya boleh ditemui di tanah tinggi Cameron Highlands,Pahang.Ia merupakan antara pokok renek yang menjadi pilihan kebanyakkan suri rumah untuk dijadikan hiasan.Tetapi,mengapa pokok ini digelar sebagai pokok halau nyamuk?Adakah pokok ini memang benar-benar boleh menghalau nyamuk?

Berdasarkan pencarian testimony di laman sesawang,ramai di antara mereka yang memelihara tumbuhan ini mengakui bahawa pokok ini boleh menjadi agen penghalang kepada nyamuk untuk mendekati kita.Walau bagaimanapun,adakah ia benar-benar ataupun ia hanya mitos semata-mata?

Berdasarkan jurnal yang diterbitkan oleh United States Department of Agriculture menyatakan,pokok ini akan membebaskan sejenis bau jika ia disentuh walau sedikit pun.Menariknya,jika kita sebagai manusia,bau yang dibebaskan oleh pokok ini adalah bau yang sangat wangi.Bau itu seakan-akan seperti pokok serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopogon nardus.

Walau bagaimanapun,bau pokok serai wangi sememangnya tidak disukai oleh serangga.Tetapi bagaimana pula dengan pokok penghalau nyamuk ini?
Ada pendapat mengatakan,pokok ini mengeluarkan bau yang agak kuat dan ia seakan-akan bau aerosol penyembur serangga.Sama seperti aerosol yang akan membebaskan cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara,begitu juga pokok ini.

Setiap kali disentuh,ia akan membebaskan sejenis habuk halus beserta bau yang tidak disukai nyamuk.Ada juga pendapat mengatakan,bagi mendapat kesan yang lebih baik,daunnya perlu diramas ataupun direnyuk terlebih dahulu,kemudian disapu pada badan supaya tidak dihampiri oleh nyamuk.

Ekoran daripada itu,kebanyakan pencari tumbuhan ini akan disogokkan dengan cerita ‘kehebatan’ nya oleh kebanyakan nurseri.Walau bagaimanapun,menurut pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan,Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia (UPM),Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,setakat ini belum ada kajian secara terperinci yang dilakukan oleh para saintis mengenai kelebihan pokok ini bertindak sedemikian.

Malah,menurut American Botanical Council,tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan saja atau dalam istilah sainsnya geranium.Walaupun mengeluarkan sejenis bau apabila bertindak balas dengan sentuhan,selepas diuji,bau yang dibebaskan oleh tumbuhan ini sebenarnya tidak menawarkan perkhidmatan perlindungan daripada gigitan nyamuk atau serangga.

Setakat ini masih belum ada bukti kukuh tentang keberkesanan tumbuhan ini sebagai agem penghalau nyamuk,namun ia tetap diminati ramai.Ditambah pula saiznya yang kecil dan mudah diletakkan di kawasan rumah,ia menjadi pilihan utama sebagai penghias laman.Penjagaannya agak sedikit rumit kerana ia perlu disiram 2 kali sehari dan tidak boleh terdedah di bawah sinaran cahaya matahari yang terik.Jika tidak,tumuhan ini akan layu dan mati..

Kepada yang berminat untuk menyerikan laman rumah tu,dipersilakan untuk membeli tumbuhan renek ini bagi mencantikkan laman rumah korang jika berminat..opss…maaf,saya tidak menjual tumbuhan renek tersebut,saya cuma berkongsi info dengan korang..kalau berminat,boleh search di Uncle Google untuk mencari maklumat mengenainya..Terima Kasih.. ;)

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox