Kisah Putera Katak

Unknown | 04:07 | 0Comments |




Anthony de Mello menulis di dalam bukunya yang bertajuk Berjalan di Atas Air,kisah seorang puteri raja yang terjumpa dengan seekor katak di tepi kolam.Katak berkata, “Tuan Puteri yang baik hati,hamba sebenarnya bukan katak tetapi putera raja yang terkena sumpahan.”

Tuan Puteri bertanya, “Dapatkah saya membantu dan mengeluarkanmu daripada sumpahan itu?”
Katak menjawab, “Sekiranya hamba bertemu seorang Puteri yang cantik lagi baik hati dan tinggal bersamanya selama tiga hari dan tiga malam,sumpahan ini akan hilang dan hamba kembali menjadi manusia.”
“Baiklah.Saya akan membawamu pulang ke istana,”balas puteri raja.
Semua orang mencebikkan wajah kerana puteri membawa pulang seekor katak dan bercakap-cakap dengannya.Setiap hari ktak itu dipelihara dan dilayani seperti seorang manusia.Ia diberi makan,tempat tidur yang sesuai dan bilik yang hangat.Puteri tetap melakukannya walaupun keluarganya menganggap dia aneh dan agak berlebihan.Selepas tiga hari tiga malam,puteri menerima kejutan semasa bangun pagi.
Seorang pemuda tampan berdiri menghampiri dan mengejutkannya daripada tidur lalu berkata, “Terima kasih,Tuan Puteri.Keikhlasan dan perjuangan Tuan Puteri membebaskan hamba daripada sumpahan itu!”
Ucapan terima kasih yang ikhlas muncul pada waktu kita berbuat baik kepada orang lain yang juga ikhlas kepada kita.Jangan hiraukan orang lain ataupun persekitaran yang memandang sinis kepda kita semasa kita berbuat baik.Ini semua adalah fenomena biasa.Orang lain hanya tahu membuat komen negatif semasa orang lain membuat sesuatu tanpa cuba melakukan perkara yang sama ataupun lebih baik…


~(Cerita di atas hamper sama dengan cerita Putera Katak yang ditayangkan dalam drama di televisyen TV3 tak lama dahulu,yer tak??tapi cerita ni banyak member pengajaran kepada kita tanpa kita sedari dan fahami motif cerita tersebut ditayangkan kepada umum..kita hanya fikir untuk hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa mengetahui apa-apa yang cuba disampaikan dalam mesej dan jalan cerita tersebut..)~

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox