Permudahkan..Jangan Sukarkan

Unknown | 21:39 | 0Comments |




Seorang Badwi telah datang kepada Rasulullah kerana hendak memeluk Islam.Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya tentang Allah s.w.t..Lalu Badwi itu menunjukkan tangannya ke langit seolah-olah mahu menyatakan kepada Nabi s.a.w. bahawa Allah itu adalah Tuhan.Pada wajahnya terbayang sifat ketulusan hati yang menyenangkan.

“Dan aku ini siapa? Tanya Rasulullah lagi.
“Tuan adalah Muhammad,pesuruh Allah,” ujarnya.

Setelah mendapat jawapan yang sederhana itu,Nabi s.a.w. lantas tersenyum lalu mengajak Badwi itu duduk dekat Baginda.Dengan itu,rasmilah Badwi itu sebagai pemeluk Islam.

Demikianlah Nabi s.a.w. telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana menuntun manusia kepada Islam mengikut taraf akal seseorang.Yang lebih penting adalah melahirkan pembelaan dan kasih sayang kepada mereka supaya hati mereka tetap teguh dalam Islam.

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox