Showing posts with label STORY ABOUT LIFE. Show all posts
Showing posts with label STORY ABOUT LIFE. Show all posts

C I N T A

Unknown | 21:41 | 0Comments |




Tajuk dah macam menarik ja kan..Pantang je dengar atau terbaca artikel mengenai C I N T A,sudah pasti ramai yang akan mengambil perhatian yang lebih terhadapnya.Namun,kita pada hari ini di buaikan oleh cinta yang tiada batasannya..cinta yang mengkhayalkan..saya yakin dan pasti hanya 30% saja cinta yang berlandaskan hukum syarak dan yang benar-benar mengikut landasan syariat yang dibenarkan dalam Islam..Selebihnya di mana??selebihnya ada pada anda,ya..tepuk dada tanyalah selera..berapa banyakkah cinta yang dapat kita lihat pada hari ini bersulamkan keikhlasan kerana Allah Taala??ataukah kita banyak  melihat cinta pada hari ini yang sering dilaungkan di paparan utama home facebook dengan kata-kata cinta yang cukup mengasyikkan berbau nafsu semata-mata..di manakan cinta Dia yang sepatutnya kita agung-agungkan??Jom kita telusuri jiwa kita..hanya ingatan buat diri kita yang mudah lupa..
Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak,Allah akan berfirman yang bermaksud: “Di manakah orang yang saling mencinta kerana-Ku?Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku;pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku.” (Riwayat Muslim)
Dari puncak gunung,pandangan matanya melebar ke segenap  dataran yang luas terbentang.Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan.Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.
Di sudutu itu dia memikirkan tentang agama yang disayangnyainya.Agama yang dianutinya.Memiliki penganut tetapi ramai yang tidak setia.Ramai yang telah lupa dan leka.Ramai mengaku masih beriman tetapi terpesong daripada amalan.Kalau kita ada teman,kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi,bagaimanakan perasaan ini?Pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih.Sedih memikirkan yeman yang tidak setia lagi.
Namun,andai kita lupa pada Islam,Allah sesekali tidak akan berasa rugi dan bersedih kerana janji Allah itu pasti.Islam tetap akan tertegak suatu hari nanti biarpun kini,mata ini tidak akan sempat melihat kilauan gemerlapan cahayanya menerangi seluruh alam.Biarpun kini terasa sukar cita-cita itu untuk digapai,pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati yang begitu jitu dan tulus untuk bangkit membawa obor kebenaran Islam.Golongan itu mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka.

Islam yang indah akan dapat diamalkan sepenuhnya.Dunia ini akan dibanjiri kasih sayang kepada Maha Pencipta dan sesame makhluk ciptaan-Nya.Tiada yang menindas dan tiada yang tertindas.Dunia akn dilimpahi rahmat berpanjangan.Tertegaknya kebenaran hukum Allah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana Dia tahu segalanya.Kerana Dia yang mencipta kita dan mengatur sistem hidup kita.(seperti kita mencipta robot lalu kitalah yang megawal dan mengatur segala sistem di dalam robot tersebut..)
Saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat Islam.Akan musnahlah kata-kata sinis yang memperlekehkan Islam.Tidak aka nada lagi lemparan kata-kata nista yang menghina agama Allah ini.Seluruh alam akan bersatu untuk berlindung di bawah redup kasih-Nya..
Subhanallah,Alhamdulilah,Wala’illah,Ha’illallah,Allahuakbar!
Maha Suci Allah yang mencipta apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..Sungguh benar Dialah yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya..Kita hanyalah manusia yang menumpang teduh di bawah panji-panji kasih-Nya,namun,masihkah kita mahu mendustai kebenaran ini?sedangkan apa yang kita miliki pada hari ini semuanya adalah pinjaman dan pinjaman itu adalah milik mutlak Allah S.W.T…Saya agak kecewa apabila melihat masih ada segelintir daripada kita yang masih lalai dan alpa akibat gelora ‘percintaan’ yang kononnya berlandaskan syariat Islam namun..sebaliknya bukan sebegitu..ayatnya senang, “Kami bercinta kerana Allah Taala..”..Wah,wah,..begitu mudah menggunakan bicara itu bagi membuktikan cinta kamu adalah kerana Allah Taala..sebenarnya..yang terbaik adalah menjalinkan ikatan yang sah menurut ajaran agama Islam yang sebenarnya..itu baru dikatakan , “Kami bercinta kerana Allah Taala”…Saya berharap selepas ini,tiada lagi sekadar omongan kosong saja mengenai bicara ini tapi tolonglah faham konsep C I N T A ..C I N T A yang sebenar menurut Islam begitu suci dan tulus,jadi janganlah sesekali kita sebagai manusia mencemari 
C I N T A itu..Sekian..

Keindahan Penciptaan Burung

Unknown | 21:36 | 0Comments |

Sewaktu menjelajah ke seluruh artikel baru yang saya peroleh..saya cuba untuk membelek-belek artikel tersebut..mana la tahu kan kot ada mana-mana artikel berkenaan alam lagi..so,saya belek dan terus belek..tiba-tiba ada artikel nih bersangkut paut juga dengan alam..ha..kali ni berkenaan burung..ciptaan terindah Yang Maha Esa..

Para pengkaji turut kagum terhadap kejadian burung.Misalnya,burung hummingbird yang mengepak sayapnya 25 kali sesaat yang pergerakannya sukar dilihat dengan mata kasar.Burung itu mampu berada di udara tanpa bergerak sedangkan sayapnya laju berputar seperti kipas.Ini benar-benar di luar kemampuan sains fizik untuk memperihalkannya.

~ha..ni rupa hammingbird tu..wo..serius..cantik sangat..~

Burung merpati mampu terbang menegak ke atas menentang graviti secara tiba-tiba tanpa meluncur ke hadapan seperti burung lain.Apabila kita melihat burung merak pula,kita terpegun dengan keindahan warna-warni sayapnya yang dibuka menyeringai seperti pertunjukan pesta aneka warna.Deria penglihatan burung sangat tajam seperti yang ditunjukkan helang yang menjunam menangkap mangsanya dengan tepat dan membawanya terbang dalam masa yang singkat.Kelajuan burung helang ketika menjunam memburu mangsanya mencapai hampir 400km/jam.

Ada burung yang mampu mengesan air dan bijih di bawah lapisan permukaan bumi,kelajuan larian burung unta mencapai 60km/jam sedangkan pemenang suka Olimpik sekadar 39km/jam..Wah..hebat tak??subhanallah..sememangnya hebat belaka ciptaan Allah S.W.T.

Burung penguin pulak yang kelihatan lembap perjalanannya di atas darat tetapi kelajuannya ketika berenang di dalam air tiga kali kelajuan pememnang pingat emas Olimpik.Sejenis burung pluvalis dominica fulva (fuh..belit lidah nak sebut nama saintifik nih weh.. ;p) yang berhijrah dari Alaska ke Hawaii sejauh 4000 km dalam masa 88 jam.Ini sangat mengagumkan kerana perjalanan tanpa henti itu melalui lautan yang memerlukan 250 000 kali gerakan sayap ke atas dan ke bawah..
(Huh..tak reti letih ke burung nih??ha..korang mesti de soalan macam tu kan??inilah dia ciptaan yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T..Saya pun baru ja tahu mengenai fakta ni..sungguh..terpegun bila baca artikel ni..tak sangka pulak..tapi tak ada yang mustahil kan..jika Allah kata.."Jadilah!Maka jadilah ia.."
Siapa kita nak melawan takdir..so..bersyukur la kan dengan setiap ciptaan Allah S.W.T..



~ha..ni dia burung pluvalis dominica fulva~
……………………………………………………
Labah-labah:symbol keluarga porak peranda
Banyak yang boleh kita pelajari daripada alam.Malah,sememangnya Allah S.W.T. menyuruh kita memerhati dan memikirkan kejadian ciptaan-nya agar kita mendapat bukti kebesaran-Nya.Memerhatikan kehidupan labah-labah misalnya,mengingatkan kita kepada keluarga manusia yang porak peranda akibat ibu dan bapa tidak mengambil tanggungjawab dan menjalankan amanah terhadap keluarganya.
Labah-labah betina bertanggungjawab membina sarang,lalu menghiaskan dirinya untuk menarik perhatian labah-labah jantan.Labah-labah jantan pula hanya dating ke sarang tersbut sekadar untuk tujuan kelamin semata-mata dan setelah itu meninggalkan keluarganya.Andainya si jantan lambat meninggalkan sarangnya,maka labah-labah betina segera membunuhnya.
Sarang labah-labah pula bukan sekadar rumah,tetapi merupakan perangkap maut kepada serangga kecil yang terperangkap di jaringannya.Manakala anak labah-labah yang membesar di sarang tersebut,saling bunuh-membunuh sehingga sedikit saja bilangan yang terselamat.Anak labah-labah yang membsar itu sebaik saja mampu berdikari dan kuat rahangnya,segera mengigit dan membunuh ibunya pula.
Sesungguhnya keluarga labah-labah merupakan contoh keluarga yang paling malang dalam kalangan serangga dan haiwan keseluruhannya.Ikatan keluarga yang paling lemah dalam kehidupan berlaku dalam keluarga labah-labah.Ini mengingatkan kita kepada wahyu Illahi yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang mengambil selain Allah sebagai pelindung seperti labah-labah(betina) yang membuat sarang.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah andainya mereka mengetahuinya.” (Al-Ankabut:41)
Al-Quran merakamkan bahawa labah-labah yang membina sarang ialah labah-labah betina,bukan yang jantan,berpandukan kepada fil madi yang digunakan dalam ayat,iaitu ittakhazat baitan yakni seekor labah-labah betina membina sarangnya.Benang jaringan sarang boleh diperhatikan keluar daripada badan labah-labah betina.
Walaupun benang jaringan sarang labah-labah kuat,tetapi pentadbiran rumah tangga mereka paling lemah berbanding dengan hidupan yang lain.Labah-labah hidup dalam kesengsaraan,saling bunuh-membunuh khususnya labah-labah yang dikenali sebagai black widow dan keluarganya.Andainya sekumpulan labah-labah diletakkan dalam satu bekas akhirnya akan tinggal seekor saja yang hidup manakala yang lain habis dibunuh atau dimakan oleh yang terakhir,yang paling ganas.
Keluarga labah-labah seperti yang digambarkan tadi benar-benar melambangkan keluarga yang menderita tanpa ikatan kasih saying dalam kalangan ahli keluarga.Sesungguhnya watak haiwan atau serangga ciptaan Illahi ditujukan kepada manusia yang berakal untuk mengambil iktibar dalam kehidupan bermasyarakat.

Banyak perkara yang tanpa kita sedar sebenarnya telah pun termaktub di dalam al-Quran,sekiranya kita seorang yang rajin dan selalu membaca al-Quran..pasti kita perasaan tiap-tiap peristiwa-peristiwa yang menarik yang dirakamkan di dalam al-Quran..dan banyak pengajaran serta iktibar yang boleh kita peroleh daripada al-Quran..Justeru itu,..jom la terokai al-Quran dengan mata hati kita bukan membuta tuli..saya sendiri belum sepenuhnya menerokai al-Quran tetapi slow slow saya pelajari apa yang ada di dalam al-Quran..ya,,benar..banyak peristiwa menarik yang dirakamkan di dalam al-Quran..Subhanallah,Maha Suci Allah yang menciptakan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..

~BICARA ALAM TERUS MENERJAH KEHIDUPAN~

Cara rawat marah

Unknown | 21:44 | 0Comments |




Kita kadang-kadang suka sangat marah tak tentu pasal kan..cepat sangat melenting bila ada perkara yang bercanggah dengan fikiran kita dan bila ada orang yang cuba usik sensitivity diri kita.Saya juga mungkin tak terlepas daripada sifat marah tersebut.Dan sememangnya semua dah tahu bahawa orang wanita nih memang terkenal dengan emosi yang berlebihan..huhu..tetapi tak sume macam tu,dalam beremosi juga,kaum hawa sesetengahnya masih boleh mengawal diri..tak seperti kaum adam yang kadang-kadang memang cepat baran..dan ego.heee…
Jadi,macam mana kita nak merawat marah kita nih?yang membakar dalam diri..
Pertama sekali,baca ta’awwuz.Apabila datangnya marah,banyakkan membaca Ta’awwuz.Berlindunglah daripada syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.Bacaan Ta’awwuz itu ialah :
A’uzubillahiminashsyaitanirrajim.
Maksudnya: Aku berlindung diri kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Kedua pulak,ha..camner kita nak kawal marah kita nih??Kita boleh kawal marah dengan mengubah posisi.Ubah posisi anda ketika marah kepada posisi yang lain.Misalnya,jika sedang berdiri,cubalah duduk;jika sedang duduk,cubalah berbaring.Jika berada dalam bilik,cubalah keluar ke tempat lain.Jika tidak boleh juga hilang marah,cubalah tidur kerana ia akan meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur.

Ketiga pula,Mengambil wuduk.Apabila kemarahan sedang meuncak,digalakkan untuk mengambil wuduk kerana wuduk dapat menyejukkan api kemarahan yang sedang membara.

Perkara keempat,banyakkan berzikir.Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah S.W.T. kerana syaitan mudah menguasai seseorang yang hatinya lalai mengingati Allah S.W.T.

Sumber rujukan : Buku “Menangani Sifat Marah” oleh Dato’ Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah.

Permudahkan..Jangan Sukarkan

Unknown | 21:39 | 0Comments |




Seorang Badwi telah datang kepada Rasulullah kerana hendak memeluk Islam.Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya tentang Allah s.w.t..Lalu Badwi itu menunjukkan tangannya ke langit seolah-olah mahu menyatakan kepada Nabi s.a.w. bahawa Allah itu adalah Tuhan.Pada wajahnya terbayang sifat ketulusan hati yang menyenangkan.

“Dan aku ini siapa? Tanya Rasulullah lagi.
“Tuan adalah Muhammad,pesuruh Allah,” ujarnya.

Setelah mendapat jawapan yang sederhana itu,Nabi s.a.w. lantas tersenyum lalu mengajak Badwi itu duduk dekat Baginda.Dengan itu,rasmilah Badwi itu sebagai pemeluk Islam.

Demikianlah Nabi s.a.w. telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana menuntun manusia kepada Islam mengikut taraf akal seseorang.Yang lebih penting adalah melahirkan pembelaan dan kasih sayang kepada mereka supaya hati mereka tetap teguh dalam Islam.

Kisah Putera Katak

Unknown | 04:07 | 0Comments |




Anthony de Mello menulis di dalam bukunya yang bertajuk Berjalan di Atas Air,kisah seorang puteri raja yang terjumpa dengan seekor katak di tepi kolam.Katak berkata, “Tuan Puteri yang baik hati,hamba sebenarnya bukan katak tetapi putera raja yang terkena sumpahan.”

Tuan Puteri bertanya, “Dapatkah saya membantu dan mengeluarkanmu daripada sumpahan itu?”
Katak menjawab, “Sekiranya hamba bertemu seorang Puteri yang cantik lagi baik hati dan tinggal bersamanya selama tiga hari dan tiga malam,sumpahan ini akan hilang dan hamba kembali menjadi manusia.”
“Baiklah.Saya akan membawamu pulang ke istana,”balas puteri raja.
Semua orang mencebikkan wajah kerana puteri membawa pulang seekor katak dan bercakap-cakap dengannya.Setiap hari ktak itu dipelihara dan dilayani seperti seorang manusia.Ia diberi makan,tempat tidur yang sesuai dan bilik yang hangat.Puteri tetap melakukannya walaupun keluarganya menganggap dia aneh dan agak berlebihan.Selepas tiga hari tiga malam,puteri menerima kejutan semasa bangun pagi.
Seorang pemuda tampan berdiri menghampiri dan mengejutkannya daripada tidur lalu berkata, “Terima kasih,Tuan Puteri.Keikhlasan dan perjuangan Tuan Puteri membebaskan hamba daripada sumpahan itu!”
Ucapan terima kasih yang ikhlas muncul pada waktu kita berbuat baik kepada orang lain yang juga ikhlas kepada kita.Jangan hiraukan orang lain ataupun persekitaran yang memandang sinis kepda kita semasa kita berbuat baik.Ini semua adalah fenomena biasa.Orang lain hanya tahu membuat komen negatif semasa orang lain membuat sesuatu tanpa cuba melakukan perkara yang sama ataupun lebih baik…


~(Cerita di atas hamper sama dengan cerita Putera Katak yang ditayangkan dalam drama di televisyen TV3 tak lama dahulu,yer tak??tapi cerita ni banyak member pengajaran kepada kita tanpa kita sedari dan fahami motif cerita tersebut ditayangkan kepada umum..kita hanya fikir untuk hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa mengetahui apa-apa yang cuba disampaikan dalam mesej dan jalan cerita tersebut..)~

Telinga Setia Mendengar

Unknown | 04:05 | 0Comments |



Kisah ini menceritakan tentang ayah dan seorang anaknya yang telah Berjaya memperoleh ijazah
Suatu hari ayah dan anaknya beristirahat di sebuah pangkir sambil berbual-bual di bawah pohon pokok berhampiran rumah mereka.Anak asyik bercerita tentang rancangan-rancangannya serta kejayaan demi kejayaan yang ingin dikecapinya dengan ijazah yang telah diperoleh.Anak tidak lekang bercerita kepada ayahnya..Ayahnya setia mendengar tentang rancangan-rancangan anaknya.Anaknya terus bercerita dan berasa bangga dengan pendidikan yang telah diperolehnya.Tiba-tiba,kelihatan seekor burung pipit hinggap di dahan tempat mereka beristirahat.Si ayah bertanya kepada si anak…
“Burung apa tu Man?”,Tanya si ayah.Si anak menjawab, “burung pipit,ayah”.
Si ayah bertanya lagi, “Burung apa tu,Man?. Si anak menjawab, “Takkanlah ayah tak kenal dengan burung pipit.Tu kan burung pipit la ayah.
Si anak terus bercerita tentang impiannya..si ayah masih bertanyakan soalan yang sama kepada si anak, “Tu burung apa,Man? Si anak menunjukkan reaksi tidak senang dengan pertanyaan ayahnya yang mengulangi soalan itu berulang kali hingga dia marah..sambil menjawab dengan dua perkataan sahaja, “Burung pipit!”..
Si ayah tersenyum melihat reaksi anaknya lalu berjalan masuk ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu.Si anak mula rasa bersalah dengan tingkah lakunya yang mungkin menyakiti hati ayahnya itu.Si anak berasa kesal dengan tindakannya tadi.
Si ayah keluar semula menuju kearah anaknya yang masih berada di bawah pohon pokok yang rending itu sambil membawa sebuah buku diari yg telah lusuh dan agak lama.Si ayah member buku diari itu kepada anaknya.Buku diari itu berusia hampir 17 tahun yang lalu ketika anaknya berusia 4 tahun.Lalu si anak membuka buku diari itu dan membacanya.
Coretan ayahnya;-------
“Ketika ini,aku bersama anakku,Arman berehat-rehat di bawah sepohon pokok sambil menikmati alam yang indah.Anakku bermain-main dengan girangnya.Tiba-tiba dia terlihat seekor burung yang hinggap di sebatang dahan pokok tempat kami berehat.Dia bertanyakan tentang burung itu.Anakku bertanya, “Burung apa tu ,yah?”Aku menjawab mengatakan bahwa burung itu ialah burung pipit.Lalu anakku bertanya lagi, “Burung apa itu ,ayah?Aku menjawab untuk kedua kalinya, “Itu burung pipitlah,sayang ankku”.
Anakku terus bermain-main..kemudian dia masih tidak berpuas hati lalu bertanyakan lagi, “Itu burung apa,ayah?” Aku berasa sedikit jengkel dengan pertanyaan anakku itu,Dia asyik bertanyakan soalan yang sama biarpun aku telah memberikan jawapan yang sama kepadanya..Aku hamper saja ingin marah kepadanya kerana bertanyakan soalan yang sama..Namun aku masih bersabar dan mengukirkan senyuman sambil memberitahunya bahawa itu burung pipit..
……………………………………………..
Si anak yang membaca buku diari itu kemudiannya melihat ayahnya.Si anak menitiskan air mata kesal kerana telah memarahi ayahnya..Si ayah tersenyum..

Moralnya: Tinggi mana pun pendidikan seseorang itu,jika tiada sabarnya dalam diri maka tidak berguna juga pendidikan yang diterimanya.Hanya dengan kesabaran kita mampu mendidik akal dan minda kita supaya sentiasa bertindak positif.. ;)

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

▼

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox