Ayat-ayat Cinta

Unknown | 21:45 | 0Comments |




Setiap hari yang berlalu sering disibukkan dengan urusan dunia.Sejak kita lahir dan celik mata sehingga kita pejam semula,minda kita selalu memikirkan tentang dunia.Dunia ini dilihat penuh dengan kenikmatan dan keindahan yang menipu di mata kita.Walau bagaimanapun,kita sebenarnya telah tertipu dengan keindahan fatamorgana dunia.Sememangnya manusia ni jenis yang mudah percaya pada apa yang dipandang oleh mata.Oleh sebab itu,manusia tergoda kepada dunia.Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengaut keuntungan segala kenikmatan di dunia ini.

Namun,adakah dunia ini memberikan kita segala-galanya?berharga?Mata zahir manusia melihat dunia sebagai syurga kehidupan.Mereka sering tergoda kepada keindahan kehidupan dunia,wanita,pangkat,status,kemewahan harta benda dan kesenangan hidup.Memang Allah menghias dunia ini dengan penuh kenikmatan yang bertebaran tetapi bukan untuk kita bermati-matian mengaut kesemua isi dunia.

Nikmat dunia ini hanya diteguk sedikit bagi menghilang dahaga di sepanjang perjalanan menuju alam akhirat sana bukannya diteguk sehingga sarat dan seterusnya lalai mengingati Maha Pencipta.Nikmat yang disediakan di dunia adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T. terhadap mahkluk-Nya.Nikmat yang melimpah ruah inilah juga yang menjadi ujian untuk menguji kekuatan iman manusia.Segala kemewahan dan isi kandungnya adalah untuk dikecap dan disyukuri.

Allah sering mengingatkan kita,dunia ini hanyalah nikmat yang sementara.Boleh dirasai dan diambil isinya untuk manfaat yang berguna.Allah turut mengingatkan manusia bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan.Apabila sampai tempoh aturan Tuhan,ia akan musnah berkecai.Semua nikmat di dunia ini yang Allah sediakan seperti anak-anak,isteri,harta benda,binatang ternak dan sawah ladang adalah supaya insan sering bersyukur dan ingatkan Tuhan kerana semua ini adalah kurniaan daripada-Nya.

Allah juga mengingatkan kita supaya tidak lupa diri kita di dunia kerana di sinilah tempat benih disemai,dibaja dan disiram supaya hasilnya nanti dapat dikecap di akhirat.Andainya pohon tersebut hidup subur,pasti berbuah lebat dan merimbun.Malangnya pohon yang kering dan gersang kerana tidak dapat dituai dan dinikmati isinya.

Bukankah semua ingatan Tuhan ini supaya kita menjadi insan yang sering beringat umpama ibu yang mengingatkan anaknya?Inilah bukti kasih sayang yang tiada tara.Lembutlah wahai hati.Lenturlah wahai jiwa.Masanya pasti akan tiba buat insan yang sabar mengharungi badai dunia.

Allah telah berjanji akan menggantikan dunia dengan nikmat yang kekal abadi iaitu syurga untuk bersenang-senang dan bergembira di dalamnya..

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox