Pelihara diri dan keluarga dari api neraka

Unknown | 03:55 | 0Comments |




suka sekali untuk berkongsi ilmu sedikit dalam entri saya kali ini..ya..nampak macam menarik ja untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain..so,saya mengambil kesempatan ini untuk membuat satu entri berkenaan 'Pelihara diri dan keluarga daripada api neraka"...saya mengaku saya bukanlah sempurna untuk membicara berkenaan syurga dan neraka ini tetapi saya tertarik untuk berkongsi ilmu..saya ingin petik daripada kata-kata Imam Hassan al Basri..
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri,
seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna ,nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Ok..jom baca info mengenai ayat nih ;
Renung-renungkanlah maksud ayat daripada surah al-Tahrim ayat enam ini.Betapa indahnya kalamullah menusuk hati-hati yang ingin mengambil iktibar.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."




Kupasan ayat :

Betapa indahnya ayat ini mengingatkan kita agar memelihara dan menjaga diri kita sendiri daripada melakukan perkara yang tidak disukai Allah.Allah mengingatkan agar menyelamatkan diri daripada azab dashyat api neraka dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Jauhilah ikutan semasa yang menjadikan kita Muslim yang hilang identitinya kerana disapa angin jahiliah.Tetapkanlah pendirian dan pastikan segala tindak tanduk kita menurut panduan wahyu bukannya nafsu.Renungilah supaya segala tindakan yang diambil kerana kefahaman,bukannya kerana ikut-ikutan insan lain.Jadilah Muslim yang mengenali diri dan melakukan sesuatu kerana menyayangi dirinya daripada jatuh ke kancah api neraka yang marak menyala ditemani malaikat yang garang dan bengis.

Indah sungguh hidup bersama Islam kerana Allah sentiasa menyayangi kita dengan kata-kata-NYA yang tersisip indah dalam al-Quran.Ia memberi peringatan dan panduan agar manusia yang sering alpa tidak teraniaya dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat..

InsyALLAH...semoga kita semua sentiasa terpelihara dalam rahmat-NYA...Ameen

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox