Pepatung rawat kencing malam?

Unknown | 21:48 | 0Comments |




Sapa suka kencing malam waktu kecik kecik dulu??Apabila soalan nih ditanya,pasti ada dalam kalangan korang yang tersipu-sipu malu dan tak mahu mengaku..heheh..normal la kalau macam tu.Perbuatan kencing malam bukan disengajakan,malah ketika kecil,mungkin kita rasa macam mimpi je kan,padahal betul-betul jadi..heheh..sape yang tak nak mengaku tu?hmm..tak normal lah..haha..

Umumnya kita ketahui tabiat terkencing ketika sedang tidur sering kali dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.Pada usia begini,ia merupakan satu situasi normal yang dihadapi oleh semua orang ketika mereka kecil.Malah,ia bukanlah perkara serius kerana tabiat tersebut akan hilang dengan sendirinya.

Walau bagaimanapun,mungkin terdapat dalam kalangan kita yang sehingga kini walaupun sudah dewasa masih mempunyai tabiat tersebut dan sukar dibuang dan mungkin juga sehingga menjadi bualan rakan-rakan.Huh!Mimpi ngeri lah anda!Hehe..Yer lah,dah jad bualan rakan-rakan,kira melibatkan maruah dah tu..tapi tak mengapa,saya cuba berkongsi info ini.

Untuk menghilangkan tabiat tersebut,pesakit boleh mencuba rawatan tradisional ini.Rawatan tradisional ini menggunakaan sejenis serangga yang dikenali sebagai pepatung.Serangga berkenaan diletakkan di bahagian pusat si pesakit untuk digigit selama beberapa minit.Kaedah ini harus dilakukan sewaktu pesakit sedang tidur.Ia bertujuan bagi mengelakkan rasa sakit akibat kesan gigitan serangga itu.Sesetengah orang juga percaya kononnya tempoh berkenaan amat sesuai dilakukan dan dilihat lebih cepat merawat tabiat terkucil tengah malam.

Timbul pula persoalan,sejauh manakah keberkesanan kaedah rawatan ini yang dikatakan mampu menyembuhkan tabiat kencing ketika sedang tidur?Da,apakah penjelasan yang boleh dikemukakan melalui bidang perubatan terhadap perkara ini.
Menurut Ketua Jabatan Pediatrik,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Putra Malaysia (UPM),Dr. Mohd. Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin,agak sukar untuk mengesahkan kaedah rawatn tersebut yang dikatakan boleh memulihkan seseorang yang mengalami masalah tersebut.Malah,sehingga ke hari ini,belum ada sebarang penyelidikan khusus di Malaysia atau luar negara yang merujuk pada kaedah rawatan menggunakan pepatung.

Bagaimanapun,katanya,terdapat satu penyelidikan pernah dilakukan untuk merawat tabiat ini.Ia dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan tradisional dari China dan kaedah rawatan yang diguna pakai adalah menggunakan rawatan akupuntur.Malangnya,kajian yang dilakukan masih lagi gagal dan tidak berkesan merawat tabiat kencing malam.

Jelas Dr Mohd Feizel lagi,secara definisinya kencing malang adalah satu tabiat dalam kalangan kanak-kanak di mana mereka dengan tak sengaja terkencing pada waktu malam.Berdasarkan kajian secara klinikal,tabiat ini berlaku secara tak sengaja sebanyak 2 kali dalam seminggu selama 3 bulan secara berterusan.Kanak-kanak yang mengalami masalah ini biasanya melibatkan usia lebih daripada 5 tahun.

Kajian perubatan mendapati banyak sebab berlakunya gejala ini.Pun begitu,terdapat 2 punca utama yang sering dikaitkan dengan tabiat kencing malam iaitu ketidakmatangan sistem perkembangan kanak-kanak dan faktor genetik atau kekeluargaan.Selebihnya seperti jangkita kuman dalam kencing,masalah sembelit dan struktur buah pinggang yang tak normal.Sementara tekanan perasaan menunjukkan peratusan yang kecil dikaitkan sebagai penyebab tabiat ini berlaku.

Terdapat 3 peringkat kaedah rawatan yang sering dilakukan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.Pertama,kaedah rawatan konservatif.Sebagai contoh,pakar perubatan selalunya akan member bimbingan dan nasihat kepada ibu bapa yang mengalami situasi anak yang sering terkencing ketika sedang tidur.Antaranya,menyarankan mereka agar tidak member anak-anak minum air yang banyak sebelum tidur,pastikan ank kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan elakkan meminum minuman bergas,kafein atau the pada waktu malam.

Sekiranya kaedah konservatif tidak berjaya,pakar perubatan akan menggunakan kaedah seterusnya di mana sejenis alat penggera yang mengesan tabiat ini akan digunakan.Ia merupakan sejenis alat yang direka khas untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam.Apabila keadaan itu berlaku,alat penggera tersebut akan mengeluarkan bunyi kuat sekali gus mengejutkan kanak-kanak yang mengalami masalah ini untuk bangun membersihkan diri ke bilik air.

Jika kaedah penggunaan alat penggera tak berjaya,kaedah terakhir yang digunakan adalah menyarankan pengambilan sejenis ubat yang dikenali sebagai Desmopressin.Ia merupakan sejenis ubat hormone yang mampu mengurangkan pengeluaran kencing pada waktu malam.

Pengambilan ubat ini biasanya disarankan diambil hanya sekali saja sehari sebelum tidur.Ia tiada kesan sampingan.Pengambilan ubat ini sangat selamat untuk digunakan mengikut garis panduan daripada pakar perubatan.

Berdasarkan rekod kes di Malaysia,tabiat ini banyak dilaporkan berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.Soalannya kenapa kanak-kanak lelaki sering kali mengalami masalah ini?Setakat ini,saintis tidak ada jawapan kenapa kanak-kanak lelaki selalu mengalami masalah ini berbanding perempuan.Namun,sesuatu yang jelas,berkemungkinan proses kematangan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan menjadikan masalah ini kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki.

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox