Orangan untuk berfikir..Otak atau Jantung?

Unknown | 21:35 | 0Comments |





Mari kita bersama-sama merenungi kisah menarik yang dipetik dari akhbar harian Daily Mail yang diterbitkan di United Kingdom bertarikh 10 April 2008.Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat.Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham,seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin.Graham juga mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.

Graham menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri.Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.Apabila sembuh,beliau mencari keluarga penderma untuk member penghargaan dan ucapan terima kasih.Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu.

Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut.Beliau berasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama.Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin dan mereka hidup mewah di sebuah banglo.


Pada waktu yang sama,suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Graham.Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya,beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri.Menurut isteri yang baru dikahwininya,perangai Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu.Kegemaran buruk bekas suaminya dulu ,kini diikuti oleh suami barunya.Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.Akhirnya,beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri,sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu.

Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini.Satu persoalan yang timbul ialah:Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulana dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu atau kedua-dua peristiwa tersebut ada kaitannya?Adakah jantung mem[unyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru?

Mengikut kefahaman positifisme Barat,jantung hanyalah 1 organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan.Adakah pandangan itu benar?Sekarang marilah pula kita merenungi sepotong ayat al-Quran yang bermaksud:
“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan hati-hati mereka berfikir dengannya,atau berada di dada” (al-Hajj,46).

Dalam ayat di atas di sebut, “Qulub la yaqilun biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung).Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebutkan dalam mana-mana pemikiran manusia,akan tetapi al-Quran menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir.

Para saintis sebelum ini berpendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak,bukan organ yang lain,khususnya jantung.Namun al-Quran menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.

Para psikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak,akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.Dalam masyarakat Melayu,qalb dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati,tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.

Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang eletrik yang disebarkan menerusi edaran darah.

Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut.Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks,tindak balas kimia,asid amino dan gelombang eletrik.

Seorang Profesor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi penemuan sel memori dalam jantung manusia.

Dalam kes lain yang dilaporkan oleh Profesor tersebut,seorang pemuda yang gemar mengubah muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebayanya.Secara tiba-tiba pemudi tersebut pandai dalam muzik dan gubahan lagu.Lebih menyayatkan hati,lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung itu.Apabila ibu pemuda itu mendengar lagu yang dimainkan oleh pemudi tersbeut,dia tiba-tiba menangis kesayuan kerana lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

Kes yang hampir sama dilaporkan dalam Wshington Post bertarikh 11 Ogos 2007 bahawa seorang yang bernama Peter Houghton,penerima jantung tiruan yang digerakkan dengan bateri menyatakan kepada wartawan akhbar tersebut,bahawa selepas menerima organ tiruan tersebut,beliau telah hilang perasaan sama sekali.Beliau tidak merasai perasaan sayang atau benci lagi terhadap cucunya sendiri.

# HR :Subhanallah..begitu indah dan uniknya ciptaan Allah s.w.t yang dikurniakan kepada kita.Oleh sebab itu,kita perlu menjaga kesihatan jantung kita.Jangan sesekali kita memusnahkan anugerah terindah ini.. ;)

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox