Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts
Boleh ke halau nyamuk?
Jika korang masih tercari-cari bunga atau tumbuhan untuk dijadikan hiasan di laman rumah,mungkin korang patut memilih tumbuhan renek ini.Sama ada korang tinggal di kawasan kampong atau Bandar,tumbuhan ini mungkin yang paling sesuai di tanam di kawasan rumah korang tuh.
Tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai nama mengikut negeri masing-masing.Ada yang memanggilnya pokok cermin,jeremin,pokok jari lima ataupun pokok halau nyamuk.Walau apa jua nama yang diguna pakai,ia tetap tumbuhan yang sama.Secara saintifiknya,tumbuhan ini dikategorikan daripada keluarga jenis pelargonium graveolens.Ia dikatakan berasal dari Afrika Utara.Fizikalnya,tumbuhan ini berdaun hijau,mempunyai batang yang lembut dan mempunyai bunga berwarna ungu.
Pokok ini juga mudah ditemui di Malaysia.Kebanyakannya boleh ditemui di tanah tinggi Cameron Highlands,Pahang.Ia merupakan antara pokok renek yang menjadi pilihan kebanyakkan suri rumah untuk dijadikan hiasan.Tetapi,mengapa pokok ini digelar sebagai pokok halau nyamuk?Adakah pokok ini memang benar-benar boleh menghalau nyamuk?
Berdasarkan pencarian testimony di laman sesawang,ramai di antara mereka yang memelihara tumbuhan ini mengakui bahawa pokok ini boleh menjadi agen penghalang kepada nyamuk untuk mendekati kita.Walau bagaimanapun,adakah ia benar-benar ataupun ia hanya mitos semata-mata?
Berdasarkan jurnal yang diterbitkan oleh United States Department of Agriculture menyatakan,pokok ini akan membebaskan sejenis bau jika ia disentuh walau sedikit pun.Menariknya,jika kita sebagai manusia,bau yang dibebaskan oleh pokok ini adalah bau yang sangat wangi.Bau itu seakan-akan seperti pokok serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopogon nardus.
Walau bagaimanapun,bau pokok serai wangi sememangnya tidak disukai oleh serangga.Tetapi bagaimana pula dengan pokok penghalau nyamuk ini?
Ada pendapat mengatakan,pokok ini mengeluarkan bau yang agak kuat dan ia seakan-akan bau aerosol penyembur serangga.Sama seperti aerosol yang akan membebaskan cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara,begitu juga pokok ini.
Setiap kali disentuh,ia akan membebaskan sejenis habuk halus beserta bau yang tidak disukai nyamuk.Ada juga pendapat mengatakan,bagi mendapat kesan yang lebih baik,daunnya perlu diramas ataupun direnyuk terlebih dahulu,kemudian disapu pada badan supaya tidak dihampiri oleh nyamuk.
Ekoran daripada itu,kebanyakan pencari tumbuhan ini akan disogokkan dengan cerita ‘kehebatan’ nya oleh kebanyakan nurseri.Walau bagaimanapun,menurut pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan,Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia (UPM),Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,setakat ini belum ada kajian secara terperinci yang dilakukan oleh para saintis mengenai kelebihan pokok ini bertindak sedemikian.
Malah,menurut American Botanical Council,tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan saja atau dalam istilah sainsnya geranium.Walaupun mengeluarkan sejenis bau apabila bertindak balas dengan sentuhan,selepas diuji,bau yang dibebaskan oleh tumbuhan ini sebenarnya tidak menawarkan perkhidmatan perlindungan daripada gigitan nyamuk atau serangga.
Setakat ini masih belum ada bukti kukuh tentang keberkesanan tumbuhan ini sebagai agem penghalau nyamuk,namun ia tetap diminati ramai.Ditambah pula saiznya yang kecil dan mudah diletakkan di kawasan rumah,ia menjadi pilihan utama sebagai penghias laman.Penjagaannya agak sedikit rumit kerana ia perlu disiram 2 kali sehari dan tidak boleh terdedah di bawah sinaran cahaya matahari yang terik.Jika tidak,tumuhan ini akan layu dan mati..
Kepada yang berminat untuk menyerikan laman rumah tu,dipersilakan untuk membeli tumbuhan renek ini bagi mencantikkan laman rumah korang jika berminat..opss…maaf,saya tidak menjual tumbuhan renek tersebut,saya cuma berkongsi info dengan korang..kalau berminat,boleh search di Uncle Google untuk mencari maklumat mengenainya..Terima Kasih.. ;)
Pepatung rawat kencing malam?
Sapa suka kencing malam waktu kecik kecik dulu??Apabila soalan nih ditanya,pasti ada dalam kalangan korang yang tersipu-sipu malu dan tak mahu mengaku..heheh..normal la kalau macam tu.Perbuatan kencing malam bukan disengajakan,malah ketika kecil,mungkin kita rasa macam mimpi je kan,padahal betul-betul jadi..heheh..sape yang tak nak mengaku tu?hmm..tak normal lah..haha..
Umumnya kita ketahui tabiat terkencing ketika sedang tidur sering kali dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.Pada usia begini,ia merupakan satu situasi normal yang dihadapi oleh semua orang ketika mereka kecil.Malah,ia bukanlah perkara serius kerana tabiat tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun,mungkin terdapat dalam kalangan kita yang sehingga kini walaupun sudah dewasa masih mempunyai tabiat tersebut dan sukar dibuang dan mungkin juga sehingga menjadi bualan rakan-rakan.Huh!Mimpi ngeri lah anda!Hehe..Yer lah,dah jad bualan rakan-rakan,kira melibatkan maruah dah tu..tapi tak mengapa,saya cuba berkongsi info ini.
Untuk menghilangkan tabiat tersebut,pesakit boleh mencuba rawatan tradisional ini.Rawatan tradisional ini menggunakaan sejenis serangga yang dikenali sebagai pepatung.Serangga berkenaan diletakkan di bahagian pusat si pesakit untuk digigit selama beberapa minit.Kaedah ini harus dilakukan sewaktu pesakit sedang tidur.Ia bertujuan bagi mengelakkan rasa sakit akibat kesan gigitan serangga itu.Sesetengah orang juga percaya kononnya tempoh berkenaan amat sesuai dilakukan dan dilihat lebih cepat merawat tabiat terkucil tengah malam.
Timbul pula persoalan,sejauh manakah keberkesanan kaedah rawatan ini yang dikatakan mampu menyembuhkan tabiat kencing ketika sedang tidur?Da,apakah penjelasan yang boleh dikemukakan melalui bidang perubatan terhadap perkara ini.
Menurut Ketua Jabatan Pediatrik,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Putra Malaysia (UPM),Dr. Mohd. Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin,agak sukar untuk mengesahkan kaedah rawatn tersebut yang dikatakan boleh memulihkan seseorang yang mengalami masalah tersebut.Malah,sehingga ke hari ini,belum ada sebarang penyelidikan khusus di Malaysia atau luar negara yang merujuk pada kaedah rawatan menggunakan pepatung.
Bagaimanapun,katanya,terdapat satu penyelidikan pernah dilakukan untuk merawat tabiat ini.Ia dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan tradisional dari China dan kaedah rawatan yang diguna pakai adalah menggunakan rawatan akupuntur.Malangnya,kajian yang dilakukan masih lagi gagal dan tidak berkesan merawat tabiat kencing malam.
Jelas Dr Mohd Feizel lagi,secara definisinya kencing malang adalah satu tabiat dalam kalangan kanak-kanak di mana mereka dengan tak sengaja terkencing pada waktu malam.Berdasarkan kajian secara klinikal,tabiat ini berlaku secara tak sengaja sebanyak 2 kali dalam seminggu selama 3 bulan secara berterusan.Kanak-kanak yang mengalami masalah ini biasanya melibatkan usia lebih daripada 5 tahun.
Kajian perubatan mendapati banyak sebab berlakunya gejala ini.Pun begitu,terdapat 2 punca utama yang sering dikaitkan dengan tabiat kencing malam iaitu ketidakmatangan sistem perkembangan kanak-kanak dan faktor genetik atau kekeluargaan.Selebihnya seperti jangkita kuman dalam kencing,masalah sembelit dan struktur buah pinggang yang tak normal.Sementara tekanan perasaan menunjukkan peratusan yang kecil dikaitkan sebagai penyebab tabiat ini berlaku.
Terdapat 3 peringkat kaedah rawatan yang sering dilakukan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.Pertama,kaedah rawatan konservatif.Sebagai contoh,pakar perubatan selalunya akan member bimbingan dan nasihat kepada ibu bapa yang mengalami situasi anak yang sering terkencing ketika sedang tidur.Antaranya,menyarankan mereka agar tidak member anak-anak minum air yang banyak sebelum tidur,pastikan ank kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan elakkan meminum minuman bergas,kafein atau the pada waktu malam.
Sekiranya kaedah konservatif tidak berjaya,pakar perubatan akan menggunakan kaedah seterusnya di mana sejenis alat penggera yang mengesan tabiat ini akan digunakan.Ia merupakan sejenis alat yang direka khas untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam.Apabila keadaan itu berlaku,alat penggera tersebut akan mengeluarkan bunyi kuat sekali gus mengejutkan kanak-kanak yang mengalami masalah ini untuk bangun membersihkan diri ke bilik air.
Jika kaedah penggunaan alat penggera tak berjaya,kaedah terakhir yang digunakan adalah menyarankan pengambilan sejenis ubat yang dikenali sebagai Desmopressin.Ia merupakan sejenis ubat hormone yang mampu mengurangkan pengeluaran kencing pada waktu malam.
Pengambilan ubat ini biasanya disarankan diambil hanya sekali saja sehari sebelum tidur.Ia tiada kesan sampingan.Pengambilan ubat ini sangat selamat untuk digunakan mengikut garis panduan daripada pakar perubatan.
Berdasarkan rekod kes di Malaysia,tabiat ini banyak dilaporkan berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.Soalannya kenapa kanak-kanak lelaki sering kali mengalami masalah ini?Setakat ini,saintis tidak ada jawapan kenapa kanak-kanak lelaki selalu mengalami masalah ini berbanding perempuan.Namun,sesuatu yang jelas,berkemungkinan proses kematangan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan menjadikan masalah ini kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki.
C I N T A
Tajuk dah macam menarik ja kan..Pantang je dengar atau terbaca artikel mengenai C I N T A,sudah pasti ramai yang akan mengambil perhatian yang lebih terhadapnya.Namun,kita pada hari ini di buaikan oleh cinta yang tiada batasannya..cinta yang mengkhayalkan..saya yakin dan pasti hanya 30% saja cinta yang berlandaskan hukum syarak dan yang benar-benar mengikut landasan syariat yang dibenarkan dalam Islam..Selebihnya di mana??selebihnya ada pada anda,ya..tepuk dada tanyalah selera..berapa banyakkah cinta yang dapat kita lihat pada hari ini bersulamkan keikhlasan kerana Allah Taala??ataukah kita banyak melihat cinta pada hari ini yang sering dilaungkan di paparan utama home facebook dengan kata-kata cinta yang cukup mengasyikkan berbau nafsu semata-mata..di manakan cinta Dia yang sepatutnya kita agung-agungkan??Jom kita telusuri jiwa kita..hanya ingatan buat diri kita yang mudah lupa..
Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak,Allah akan berfirman yang bermaksud: “Di manakah orang yang saling mencinta kerana-Ku?Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku;pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku.” (Riwayat Muslim)
Dari puncak gunung,pandangan matanya melebar ke segenap dataran yang luas terbentang.Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan.Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.
Di sudutu itu dia memikirkan tentang agama yang disayangnyainya.Agama yang dianutinya.Memiliki penganut tetapi ramai yang tidak setia.Ramai yang telah lupa dan leka.Ramai mengaku masih beriman tetapi terpesong daripada amalan.Kalau kita ada teman,kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi,bagaimanakan perasaan ini?Pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih.Sedih memikirkan yeman yang tidak setia lagi.
Namun,andai kita lupa pada Islam,Allah sesekali tidak akan berasa rugi dan bersedih kerana janji Allah itu pasti.Islam tetap akan tertegak suatu hari nanti biarpun kini,mata ini tidak akan sempat melihat kilauan gemerlapan cahayanya menerangi seluruh alam.Biarpun kini terasa sukar cita-cita itu untuk digapai,pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati yang begitu jitu dan tulus untuk bangkit membawa obor kebenaran Islam.Golongan itu mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka.
Islam yang indah akan dapat diamalkan sepenuhnya.Dunia ini akan dibanjiri kasih sayang kepada Maha Pencipta dan sesame makhluk ciptaan-Nya.Tiada yang menindas dan tiada yang tertindas.Dunia akn dilimpahi rahmat berpanjangan.Tertegaknya kebenaran hukum Allah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana Dia tahu segalanya.Kerana Dia yang mencipta kita dan mengatur sistem hidup kita.(seperti kita mencipta robot lalu kitalah yang megawal dan mengatur segala sistem di dalam robot tersebut..)
Saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat Islam.Akan musnahlah kata-kata sinis yang memperlekehkan Islam.Tidak aka nada lagi lemparan kata-kata nista yang menghina agama Allah ini.Seluruh alam akan bersatu untuk berlindung di bawah redup kasih-Nya..
Subhanallah,Alhamdulilah,Wala’illah,Ha’illallah,Allahuakbar!
Maha Suci Allah yang mencipta apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..Sungguh benar Dialah yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya..Kita hanyalah manusia yang menumpang teduh di bawah panji-panji kasih-Nya,namun,masihkah kita mahu mendustai kebenaran ini?sedangkan apa yang kita miliki pada hari ini semuanya adalah pinjaman dan pinjaman itu adalah milik mutlak Allah S.W.T…Saya agak kecewa apabila melihat masih ada segelintir daripada kita yang masih lalai dan alpa akibat gelora ‘percintaan’ yang kononnya berlandaskan syariat Islam namun..sebaliknya bukan sebegitu..ayatnya senang, “Kami bercinta kerana Allah Taala..”..Wah,wah,..begitu mudah menggunakan bicara itu bagi membuktikan cinta kamu adalah kerana Allah Taala..sebenarnya..yang terbaik adalah menjalinkan ikatan yang sah menurut ajaran agama Islam yang sebenarnya..itu baru dikatakan , “Kami bercinta kerana Allah Taala”…Saya berharap selepas ini,tiada lagi sekadar omongan kosong saja mengenai bicara ini tapi tolonglah faham konsep C I N T A ..C I N T A yang sebenar menurut Islam begitu suci dan tulus,jadi janganlah sesekali kita sebagai manusia mencemari
C I N T A itu..Sekian..
Keindahan Penciptaan Burung
Sewaktu menjelajah ke seluruh artikel baru yang saya peroleh..saya cuba untuk membelek-belek artikel tersebut..mana la tahu kan kot ada mana-mana artikel berkenaan alam lagi..so,saya belek dan terus belek..tiba-tiba ada artikel nih bersangkut paut juga dengan alam..ha..kali ni berkenaan burung..ciptaan terindah Yang Maha Esa..
Para pengkaji turut kagum terhadap kejadian burung.Misalnya,burung hummingbird yang mengepak sayapnya 25 kali sesaat yang pergerakannya sukar dilihat dengan mata kasar.Burung itu mampu berada di udara tanpa bergerak sedangkan sayapnya laju berputar seperti kipas.Ini benar-benar di luar kemampuan sains fizik untuk memperihalkannya.
~ha..ni rupa hammingbird tu..wo..serius..cantik sangat..~
Burung merpati mampu terbang menegak ke atas menentang graviti secara tiba-tiba tanpa meluncur ke hadapan seperti burung lain.Apabila kita melihat burung merak pula,kita terpegun dengan keindahan warna-warni sayapnya yang dibuka menyeringai seperti pertunjukan pesta aneka warna.Deria penglihatan burung sangat tajam seperti yang ditunjukkan helang yang menjunam menangkap mangsanya dengan tepat dan membawanya terbang dalam masa yang singkat.Kelajuan burung helang ketika menjunam memburu mangsanya mencapai hampir 400km/jam.
Ada burung yang mampu mengesan air dan bijih di bawah lapisan permukaan bumi,kelajuan larian burung unta mencapai 60km/jam sedangkan pemenang suka Olimpik sekadar 39km/jam..Wah..hebat tak??subhanallah..sememangnya hebat belaka ciptaan Allah S.W.T.
Burung penguin pulak yang kelihatan lembap perjalanannya di atas darat tetapi kelajuannya ketika berenang di dalam air tiga kali kelajuan pememnang pingat emas Olimpik.Sejenis burung pluvalis dominica fulva (fuh..belit lidah nak sebut nama saintifik nih weh.. ;p) yang berhijrah dari Alaska ke Hawaii sejauh 4000 km dalam masa 88 jam.Ini sangat mengagumkan kerana perjalanan tanpa henti itu melalui lautan yang memerlukan 250 000 kali gerakan sayap ke atas dan ke bawah..
(Huh..tak reti letih ke burung nih??ha..korang mesti de soalan macam tu kan??inilah dia ciptaan yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T..Saya pun baru ja tahu mengenai fakta ni..sungguh..terpegun bila baca artikel ni..tak sangka pulak..tapi tak ada yang mustahil kan..jika Allah kata.."Jadilah!Maka jadilah ia.."
Siapa kita nak melawan takdir..so..bersyukur la kan dengan setiap ciptaan Allah S.W.T..
~ha..ni dia burung pluvalis dominica fulva~
……………………………………………………
Labah-labah:symbol keluarga porak peranda
Banyak yang boleh kita pelajari daripada alam.Malah,sememangnya Allah S.W.T. menyuruh kita memerhati dan memikirkan kejadian ciptaan-nya agar kita mendapat bukti kebesaran-Nya.Memerhatikan kehidupan labah-labah misalnya,mengingatkan kita kepada keluarga manusia yang porak peranda akibat ibu dan bapa tidak mengambil tanggungjawab dan menjalankan amanah terhadap keluarganya.
Labah-labah betina bertanggungjawab membina sarang,lalu menghiaskan dirinya untuk menarik perhatian labah-labah jantan.Labah-labah jantan pula hanya dating ke sarang tersbut sekadar untuk tujuan kelamin semata-mata dan setelah itu meninggalkan keluarganya.Andainya si jantan lambat meninggalkan sarangnya,maka labah-labah betina segera membunuhnya.
Sarang labah-labah pula bukan sekadar rumah,tetapi merupakan perangkap maut kepada serangga kecil yang terperangkap di jaringannya.Manakala anak labah-labah yang membesar di sarang tersebut,saling bunuh-membunuh sehingga sedikit saja bilangan yang terselamat.Anak labah-labah yang membsar itu sebaik saja mampu berdikari dan kuat rahangnya,segera mengigit dan membunuh ibunya pula.
Sesungguhnya keluarga labah-labah merupakan contoh keluarga yang paling malang dalam kalangan serangga dan haiwan keseluruhannya.Ikatan keluarga yang paling lemah dalam kehidupan berlaku dalam keluarga labah-labah.Ini mengingatkan kita kepada wahyu Illahi yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang mengambil selain Allah sebagai pelindung seperti labah-labah(betina) yang membuat sarang.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah andainya mereka mengetahuinya.” (Al-Ankabut:41)
Al-Quran merakamkan bahawa labah-labah yang membina sarang ialah labah-labah betina,bukan yang jantan,berpandukan kepada fil madi yang digunakan dalam ayat,iaitu ittakhazat baitan yakni seekor labah-labah betina membina sarangnya.Benang jaringan sarang boleh diperhatikan keluar daripada badan labah-labah betina.
Walaupun benang jaringan sarang labah-labah kuat,tetapi pentadbiran rumah tangga mereka paling lemah berbanding dengan hidupan yang lain.Labah-labah hidup dalam kesengsaraan,saling bunuh-membunuh khususnya labah-labah yang dikenali sebagai black widow dan keluarganya.Andainya sekumpulan labah-labah diletakkan dalam satu bekas akhirnya akan tinggal seekor saja yang hidup manakala yang lain habis dibunuh atau dimakan oleh yang terakhir,yang paling ganas.
Keluarga labah-labah seperti yang digambarkan tadi benar-benar melambangkan keluarga yang menderita tanpa ikatan kasih saying dalam kalangan ahli keluarga.Sesungguhnya watak haiwan atau serangga ciptaan Illahi ditujukan kepada manusia yang berakal untuk mengambil iktibar dalam kehidupan bermasyarakat.
Banyak perkara yang tanpa kita sedar sebenarnya telah pun termaktub di dalam al-Quran,sekiranya kita seorang yang rajin dan selalu membaca al-Quran..pasti kita perasaan tiap-tiap peristiwa-peristiwa yang menarik yang dirakamkan di dalam al-Quran..dan banyak pengajaran serta iktibar yang boleh kita peroleh daripada al-Quran..Justeru itu,..jom la terokai al-Quran dengan mata hati kita bukan membuta tuli..saya sendiri belum sepenuhnya menerokai al-Quran tetapi slow slow saya pelajari apa yang ada di dalam al-Quran..ya,,benar..banyak peristiwa menarik yang dirakamkan di dalam al-Quran..Subhanallah,Maha Suci Allah yang menciptakan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..
~BICARA ALAM TERUS MENERJAH KEHIDUPAN~
Kenapa Wanita Bertudung
FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC.
Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang tel...inga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja
Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya
Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..
ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA
Orangan untuk berfikir..Otak atau Jantung?
Mari kita bersama-sama merenungi kisah menarik yang dipetik dari akhbar harian Daily Mail yang diterbitkan di United Kingdom bertarikh 10 April 2008.Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat.Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham,seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin.Graham juga mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.
Graham menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri.Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.Apabila sembuh,beliau mencari keluarga penderma untuk member penghargaan dan ucapan terima kasih.Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu.
Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut.Beliau berasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama.Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin dan mereka hidup mewah di sebuah banglo.
Pada waktu yang sama,suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Graham.Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya,beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri.Menurut isteri yang baru dikahwininya,perangai Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu.Kegemaran buruk bekas suaminya dulu ,kini diikuti oleh suami barunya.Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.Akhirnya,beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri,sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu.
Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini.Satu persoalan yang timbul ialah:Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulana dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu atau kedua-dua peristiwa tersebut ada kaitannya?Adakah jantung mem[unyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru?
Mengikut kefahaman positifisme Barat,jantung hanyalah 1 organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan.Adakah pandangan itu benar?Sekarang marilah pula kita merenungi sepotong ayat al-Quran yang bermaksud:
“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan hati-hati mereka berfikir dengannya,atau berada di dada” (al-Hajj,46).
Dalam ayat di atas di sebut, “Qulub la yaqilun biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung).Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebutkan dalam mana-mana pemikiran manusia,akan tetapi al-Quran menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir.
Para saintis sebelum ini berpendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak,bukan organ yang lain,khususnya jantung.Namun al-Quran menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.
Para psikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak,akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.Dalam masyarakat Melayu,qalb dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati,tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.
Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang eletrik yang disebarkan menerusi edaran darah.
Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut.Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks,tindak balas kimia,asid amino dan gelombang eletrik.
Seorang Profesor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi penemuan sel memori dalam jantung manusia.
Dalam kes lain yang dilaporkan oleh Profesor tersebut,seorang pemuda yang gemar mengubah muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebayanya.Secara tiba-tiba pemudi tersebut pandai dalam muzik dan gubahan lagu.Lebih menyayatkan hati,lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung itu.Apabila ibu pemuda itu mendengar lagu yang dimainkan oleh pemudi tersbeut,dia tiba-tiba menangis kesayuan kerana lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.
Kes yang hampir sama dilaporkan dalam Wshington Post bertarikh 11 Ogos 2007 bahawa seorang yang bernama Peter Houghton,penerima jantung tiruan yang digerakkan dengan bateri menyatakan kepada wartawan akhbar tersebut,bahawa selepas menerima organ tiruan tersebut,beliau telah hilang perasaan sama sekali.Beliau tidak merasai perasaan sayang atau benci lagi terhadap cucunya sendiri.
# HR :Subhanallah..begitu indah dan uniknya ciptaan Allah s.w.t yang dikurniakan kepada kita.Oleh sebab itu,kita perlu menjaga kesihatan jantung kita.Jangan sesekali kita memusnahkan anugerah terindah ini.. ;)
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
Open Cbox














