Siapakah Dzatu Nithaqain

Unknown | 03:52 | 0Comments |






sangat tertarik dengan satu artikel berkenaan siapakah Dzatu Nithaqain..jom kita kenal bersama-sama siapakah Dzatu Nithaqain..
Makanan sudah siap dibungkus menjadi bekalan.Dia perlu membawa bekalan ini kepada ayahnya dan sahabat baik ayahnya.Demikianlah tugas yang diamanahkan kepadanya.Tidak boleh tidak,mahu tidak mahu,amanah perlu dilakukan sebaik mungkin.Ayahnya menemani sahabatnya bersembunyi daripada kafir Quraisy yang mahu membunuhnya.Bahkan musuh sudah mengumpulkan pahlawan gagah perkasa untuk menamatkan riwayat sahabat ayahnya itu.

Bekalan yang dibawa perlu sampai setiap petang.Disebabkan keadaan Bukit Tsur yang berbatu dan tinggi,dia tidak boleh memegang bekalan itu dengan tangannya.Lantas di ambil tali pengikat pinggangnya dan dikoyak menjadi dua.Diikatkan bekalan itu pada pinggangnya.Kini dia sudah memiliki dua tali pinggang.Kebijaksanaan dan kecerdasannya jelas terserlah.

Inilah dia serikandi Islam yang agung;Asma' binti Abu Bakar r.ha.Digelarkannya oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Dzatu Nithaqain yang bermaksud,'Yang memiliki dua tali pinggang'.Gelaran ini diperoleh hasil daripada tindakan bijaknya dalam peristiwa hijrah rasul.Pengorbanannya kepada perjuangan Islam tidak ternilai.Asma' binti Abu Bakar r.ha. adalah antara warga Makkah terawak yang menerima Islam.Suaminya Zubair bin Awwam r.a. dan anaknya pula bernama Abdullah bin Zubair r.a.

Dalam peristiwa hijrah juga,Asma' binti Abu Bakar r.ha juga diugut oleh Abu Jahal supaya dibongkarkan rahsia di mana Abu Bakar r.ha bersembunyi.Asma' tidak gentar walaupun pipinya ditampar dan bibirnya berdarah.Dia tetap menjaga rahsia.Apa yang dia fikirkan adalah mahu membawa sedikit makanan kepada Abu Bakar as-Siddiq r.ha dan Rasulullah s.a.w.

Abu Quhafah,datuknya adalah seorang yang buta,datang memohon kepastian adakah Abu Bakar as-Siddiq r.ha meninggalkan makanan dan harta.Asma' membuat helah dengan meletakkan batu-batu di dalam uncang dan memberikan kepada Abu Quhafah bagi menunjukkan ada bekalan ditinggalkan oleh Abu Bakar as-Siddiq r.ha.Sedangkan tiada harta yang ditinggalkan walaupun sedikit.Asma' binti Abu Bakar r.ha bersama adiknya Abdullah bin Abu Bakar r.ha menjadi orang penting dalam peristiwa hijrah rasul.Masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan setiap hari.

Asma' binti Abu Bakar r.ha juga merupakan wanita muhajirin yang terakhir meninggal dunia.Umurnya panjang sehingga sempat menyaksikan kematian anaknya Abdullah bin Zubair r.a. .Empat orang ahli keluarganya adalah golongan Sahabat iaitu dirinya,ayahnya,datuknya,adiknya dan anaknya..

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox