Keindahan Penciptaan Burung

Unknown | 21:36 | 0Comments |

Sewaktu menjelajah ke seluruh artikel baru yang saya peroleh..saya cuba untuk membelek-belek artikel tersebut..mana la tahu kan kot ada mana-mana artikel berkenaan alam lagi..so,saya belek dan terus belek..tiba-tiba ada artikel nih bersangkut paut juga dengan alam..ha..kali ni berkenaan burung..ciptaan terindah Yang Maha Esa..

Para pengkaji turut kagum terhadap kejadian burung.Misalnya,burung hummingbird yang mengepak sayapnya 25 kali sesaat yang pergerakannya sukar dilihat dengan mata kasar.Burung itu mampu berada di udara tanpa bergerak sedangkan sayapnya laju berputar seperti kipas.Ini benar-benar di luar kemampuan sains fizik untuk memperihalkannya.

~ha..ni rupa hammingbird tu..wo..serius..cantik sangat..~

Burung merpati mampu terbang menegak ke atas menentang graviti secara tiba-tiba tanpa meluncur ke hadapan seperti burung lain.Apabila kita melihat burung merak pula,kita terpegun dengan keindahan warna-warni sayapnya yang dibuka menyeringai seperti pertunjukan pesta aneka warna.Deria penglihatan burung sangat tajam seperti yang ditunjukkan helang yang menjunam menangkap mangsanya dengan tepat dan membawanya terbang dalam masa yang singkat.Kelajuan burung helang ketika menjunam memburu mangsanya mencapai hampir 400km/jam.

Ada burung yang mampu mengesan air dan bijih di bawah lapisan permukaan bumi,kelajuan larian burung unta mencapai 60km/jam sedangkan pemenang suka Olimpik sekadar 39km/jam..Wah..hebat tak??subhanallah..sememangnya hebat belaka ciptaan Allah S.W.T.

Burung penguin pulak yang kelihatan lembap perjalanannya di atas darat tetapi kelajuannya ketika berenang di dalam air tiga kali kelajuan pememnang pingat emas Olimpik.Sejenis burung pluvalis dominica fulva (fuh..belit lidah nak sebut nama saintifik nih weh.. ;p) yang berhijrah dari Alaska ke Hawaii sejauh 4000 km dalam masa 88 jam.Ini sangat mengagumkan kerana perjalanan tanpa henti itu melalui lautan yang memerlukan 250 000 kali gerakan sayap ke atas dan ke bawah..
(Huh..tak reti letih ke burung nih??ha..korang mesti de soalan macam tu kan??inilah dia ciptaan yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T..Saya pun baru ja tahu mengenai fakta ni..sungguh..terpegun bila baca artikel ni..tak sangka pulak..tapi tak ada yang mustahil kan..jika Allah kata.."Jadilah!Maka jadilah ia.."
Siapa kita nak melawan takdir..so..bersyukur la kan dengan setiap ciptaan Allah S.W.T..



~ha..ni dia burung pluvalis dominica fulva~
……………………………………………………
Labah-labah:symbol keluarga porak peranda
Banyak yang boleh kita pelajari daripada alam.Malah,sememangnya Allah S.W.T. menyuruh kita memerhati dan memikirkan kejadian ciptaan-nya agar kita mendapat bukti kebesaran-Nya.Memerhatikan kehidupan labah-labah misalnya,mengingatkan kita kepada keluarga manusia yang porak peranda akibat ibu dan bapa tidak mengambil tanggungjawab dan menjalankan amanah terhadap keluarganya.
Labah-labah betina bertanggungjawab membina sarang,lalu menghiaskan dirinya untuk menarik perhatian labah-labah jantan.Labah-labah jantan pula hanya dating ke sarang tersbut sekadar untuk tujuan kelamin semata-mata dan setelah itu meninggalkan keluarganya.Andainya si jantan lambat meninggalkan sarangnya,maka labah-labah betina segera membunuhnya.
Sarang labah-labah pula bukan sekadar rumah,tetapi merupakan perangkap maut kepada serangga kecil yang terperangkap di jaringannya.Manakala anak labah-labah yang membesar di sarang tersebut,saling bunuh-membunuh sehingga sedikit saja bilangan yang terselamat.Anak labah-labah yang membsar itu sebaik saja mampu berdikari dan kuat rahangnya,segera mengigit dan membunuh ibunya pula.
Sesungguhnya keluarga labah-labah merupakan contoh keluarga yang paling malang dalam kalangan serangga dan haiwan keseluruhannya.Ikatan keluarga yang paling lemah dalam kehidupan berlaku dalam keluarga labah-labah.Ini mengingatkan kita kepada wahyu Illahi yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang mengambil selain Allah sebagai pelindung seperti labah-labah(betina) yang membuat sarang.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah andainya mereka mengetahuinya.” (Al-Ankabut:41)
Al-Quran merakamkan bahawa labah-labah yang membina sarang ialah labah-labah betina,bukan yang jantan,berpandukan kepada fil madi yang digunakan dalam ayat,iaitu ittakhazat baitan yakni seekor labah-labah betina membina sarangnya.Benang jaringan sarang boleh diperhatikan keluar daripada badan labah-labah betina.
Walaupun benang jaringan sarang labah-labah kuat,tetapi pentadbiran rumah tangga mereka paling lemah berbanding dengan hidupan yang lain.Labah-labah hidup dalam kesengsaraan,saling bunuh-membunuh khususnya labah-labah yang dikenali sebagai black widow dan keluarganya.Andainya sekumpulan labah-labah diletakkan dalam satu bekas akhirnya akan tinggal seekor saja yang hidup manakala yang lain habis dibunuh atau dimakan oleh yang terakhir,yang paling ganas.
Keluarga labah-labah seperti yang digambarkan tadi benar-benar melambangkan keluarga yang menderita tanpa ikatan kasih saying dalam kalangan ahli keluarga.Sesungguhnya watak haiwan atau serangga ciptaan Illahi ditujukan kepada manusia yang berakal untuk mengambil iktibar dalam kehidupan bermasyarakat.

Banyak perkara yang tanpa kita sedar sebenarnya telah pun termaktub di dalam al-Quran,sekiranya kita seorang yang rajin dan selalu membaca al-Quran..pasti kita perasaan tiap-tiap peristiwa-peristiwa yang menarik yang dirakamkan di dalam al-Quran..dan banyak pengajaran serta iktibar yang boleh kita peroleh daripada al-Quran..Justeru itu,..jom la terokai al-Quran dengan mata hati kita bukan membuta tuli..saya sendiri belum sepenuhnya menerokai al-Quran tetapi slow slow saya pelajari apa yang ada di dalam al-Quran..ya,,benar..banyak peristiwa menarik yang dirakamkan di dalam al-Quran..Subhanallah,Maha Suci Allah yang menciptakan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..

~BICARA ALAM TERUS MENERJAH KEHIDUPAN~

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox