Pengenalan kepada dunia blog

Unknown | 21:25 | 0Comments |






Ketika mula-mula saya nak edit blog ni,saya cuba mencari beberapa jenis template yang sesuai untuk digunakan pada blog saya sehingga saya jumpa gambar Ben Ashaari.Masa tu,saya belum kenal siapa sebenarnya saudara Ben nih.Setiap kali search perkataan template untuk lihat gambar template yang sesuai menggunakan Pakcik Google dan yang terpapar di skrin adalah gambar saudara Ben Ashaari.Saya cuba terjah masuk dalam blog Saudara Ben Ashaari.Selepas masuk dan tengok followers Ben Ashaari begitu banyak,baru saya sedar bahawa dia merupakan seorang blogger terkenal dan popular dalam kalangan blogger.Jadi,tidak hairanlah ketika saya masuk dalam blog kebanyakan blogger,blog saudara Ben Ashaari mesti dalam top 5 bloglist mereka.

Bukan senang nak jadi blogger gah seperti saudara Ben Ashaari.Tentu banyak cabaran yang dilalui untuk mendapatkan beribu-ribu followers.Isi kandungan blog kena jaga supaya readers sentiasa membaca membaca entri blog kita,dan berat blog semua tu kena juga jaga kan.Kalau tak,readers akan lari.Saya yakin dan pasti,semua blog ada trademark tersendiri. :)

Yang pasti saya suka membaca artikel-artikel yang bersifat Islamik,memberi kesedaran,motivasi dan berkaitan isu semasa.Jika sekiranya readers yang pernah membaca mana-mana artikel yang saya letak dalam blog ni sebelum ni,saya mohon maaf kerana niat saya ingin berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat.Selagi mana saya mampu untuk meletakkan credit to,saya akan buat.

Kebanyakan artikel yang saya akan kongsikan dalam blog ini adalah daripada Buku-buku keluaran PTS,TELAGA BIRU,STORMREADER NETWORK,MUSTREAD,Galeri Ilmu,Infiniti,Bacaan Ilmiah dan lain-lain berkaitan serta artikel saya sendiri.Terima kasih kepada readers yang membaca.

~Ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.~

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox