Anak Kecil Takut Api Neraka

Unknown | 21:42 | 0Comments |




Saya terbaca mengenai kisah ini dan berasa tertarik untuk berkongsi mengenai kisah ini kepada umum agar kita dapat mengambil iktibar daripadanya..
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa pada suatu hari seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai.Sedang dia leka berjalan menelusuri sungai tiba-tiba dia terpandang seorang kanak-kanak sedang menangis sambil mengambil wuduk.
Hairan dengan apa yang dilihatnya,lalu orang tua itu menghampiri kanak-kanak itu dan bertanya, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik,saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum”(bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman,jagalah olehmu sekalian akan dirimu.”)Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Tersenyum orang tua itu mendengar jawapan kanak-kanak tersebut,lalu dia berkata, “Wahai anak,janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Sebaik mendengar kata-kata orang tua itu,anak itu pun lantas berkata, “Wahai pakcik,pakcik adalah orang yang berakal,tidakkah pakcik melihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka letak ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar.Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Kata-kata anak itu membuatkan orang tua itu menangis dan berkata, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.
………….
Anda telah baca bukan?mengapa tidak kita menyedari akan hal ini??Kanak-kanak yang kecil pun takut kepada api neraka namun di manakah kesedaran kita orang dewasa yang berakal lagi pulak tu,tapi tidak mampu mempunyai perasaan seperti anak kecil ini yang berfikir sejauh itu.Hanya orang-orang yang berakal akan mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah ini..Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox