Showing posts with label LIFE. Show all posts
Showing posts with label LIFE. Show all posts

Nak jadi baik memang lambat

Unknown | 08:33 | 0Comments |




"Kenapa orang tidak mahu solat atau malas mengerjakan solat? tanyanya bertubi-tubi.Soalan itu menjurus kepada satu persoalan.

Saya cuba menjelaskan bahawa punca orang enggan solat ialah apabila dirasa tidak memerlukan Allah dalam hidupnya.Dia tidak nampak atau terasa keagungan,kekuatan,kekayaan,keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.

"Kenapa jadi begitu"
"Orang yang tidak nampak kebesaran Allah,sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya.Sebaliknya dia berasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar.Jadi,pergantungan,pengharapan dan kekaguman bukan kepada Allah,tetapi kepada tuhan-tuhan lain selain-Nya.

"Betul.Betul apa perlunya solat kepada orang begini?Dia rasa dirinya yang kuat,mulia,kaya,berilmu...tak perlukan Tuhan lagi.Dia bertuhankan dirinya,"tambahnya bersemangat.

"Atau dia berasakan ada pihak lain yang lebih berkuasa daripada dirinya,maka ketika itu ia bertuhankan pihak tersebut."

"Menjadi hamba pada diri sendiri atau hamba kepada orang lain.Bukan hamba Allah?" tanyanya lagi.

Perlukah saya mengangguk lagi?

;)
--------------------------------------------------------------------

p/s: Ni merupakan petikan daripada salah satu tajuk dalam buku keluaran Telaga Biru tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.Saya sangat sukakan tulisannya kerana amat menyentuh jiwa dan memberi kesan kepada hati seorang remaja seperti saya.Anda pula bagaimana? :)
Semoga komik ringkas versi saya ini memberikan maknanya kepada pembaca.syukran.





Setiap manusia ada peluang

Unknown | 22:45 | 0Comments |


Kita selalu menganggap bahawa hidup ini satu keindahan kepada diri kita yang dilimpahi dengan pelbagai nikmat kehidupan.Tak kiralah walau bagaimanapun jenis nikmat yang kita peroleh,apakah kita bersyukur di atas segala nikmat itu?atau kita sangka semua itu cuma kebetulan?

setiap manusia punya peluang untuk berubah

~bersambung~

Ayat-ayat Cinta

Unknown | 21:45 | 0Comments |




Setiap hari yang berlalu sering disibukkan dengan urusan dunia.Sejak kita lahir dan celik mata sehingga kita pejam semula,minda kita selalu memikirkan tentang dunia.Dunia ini dilihat penuh dengan kenikmatan dan keindahan yang menipu di mata kita.Walau bagaimanapun,kita sebenarnya telah tertipu dengan keindahan fatamorgana dunia.Sememangnya manusia ni jenis yang mudah percaya pada apa yang dipandang oleh mata.Oleh sebab itu,manusia tergoda kepada dunia.Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengaut keuntungan segala kenikmatan di dunia ini.

Namun,adakah dunia ini memberikan kita segala-galanya?berharga?Mata zahir manusia melihat dunia sebagai syurga kehidupan.Mereka sering tergoda kepada keindahan kehidupan dunia,wanita,pangkat,status,kemewahan harta benda dan kesenangan hidup.Memang Allah menghias dunia ini dengan penuh kenikmatan yang bertebaran tetapi bukan untuk kita bermati-matian mengaut kesemua isi dunia.

Nikmat dunia ini hanya diteguk sedikit bagi menghilang dahaga di sepanjang perjalanan menuju alam akhirat sana bukannya diteguk sehingga sarat dan seterusnya lalai mengingati Maha Pencipta.Nikmat yang disediakan di dunia adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T. terhadap mahkluk-Nya.Nikmat yang melimpah ruah inilah juga yang menjadi ujian untuk menguji kekuatan iman manusia.Segala kemewahan dan isi kandungnya adalah untuk dikecap dan disyukuri.

Allah sering mengingatkan kita,dunia ini hanyalah nikmat yang sementara.Boleh dirasai dan diambil isinya untuk manfaat yang berguna.Allah turut mengingatkan manusia bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan.Apabila sampai tempoh aturan Tuhan,ia akan musnah berkecai.Semua nikmat di dunia ini yang Allah sediakan seperti anak-anak,isteri,harta benda,binatang ternak dan sawah ladang adalah supaya insan sering bersyukur dan ingatkan Tuhan kerana semua ini adalah kurniaan daripada-Nya.

Allah juga mengingatkan kita supaya tidak lupa diri kita di dunia kerana di sinilah tempat benih disemai,dibaja dan disiram supaya hasilnya nanti dapat dikecap di akhirat.Andainya pohon tersebut hidup subur,pasti berbuah lebat dan merimbun.Malangnya pohon yang kering dan gersang kerana tidak dapat dituai dan dinikmati isinya.

Bukankah semua ingatan Tuhan ini supaya kita menjadi insan yang sering beringat umpama ibu yang mengingatkan anaknya?Inilah bukti kasih sayang yang tiada tara.Lembutlah wahai hati.Lenturlah wahai jiwa.Masanya pasti akan tiba buat insan yang sabar mengharungi badai dunia.

Allah telah berjanji akan menggantikan dunia dengan nikmat yang kekal abadi iaitu syurga untuk bersenang-senang dan bergembira di dalamnya..

Boleh ke halau nyamuk?

Unknown | 21:46 | 0Comments |




Jika korang masih tercari-cari bunga atau tumbuhan untuk dijadikan hiasan di laman rumah,mungkin korang patut memilih tumbuhan renek ini.Sama ada korang tinggal di kawasan kampong atau Bandar,tumbuhan ini mungkin yang paling sesuai di tanam di kawasan rumah korang tuh.

Tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai nama mengikut negeri masing-masing.Ada yang memanggilnya pokok cermin,jeremin,pokok jari lima ataupun pokok halau nyamuk.Walau apa jua nama yang diguna pakai,ia tetap tumbuhan yang sama.Secara saintifiknya,tumbuhan ini dikategorikan daripada keluarga jenis pelargonium graveolens.Ia dikatakan berasal dari Afrika Utara.Fizikalnya,tumbuhan ini berdaun hijau,mempunyai batang yang lembut dan mempunyai bunga berwarna ungu.

Pokok ini juga mudah ditemui di Malaysia.Kebanyakannya boleh ditemui di tanah tinggi Cameron Highlands,Pahang.Ia merupakan antara pokok renek yang menjadi pilihan kebanyakkan suri rumah untuk dijadikan hiasan.Tetapi,mengapa pokok ini digelar sebagai pokok halau nyamuk?Adakah pokok ini memang benar-benar boleh menghalau nyamuk?

Berdasarkan pencarian testimony di laman sesawang,ramai di antara mereka yang memelihara tumbuhan ini mengakui bahawa pokok ini boleh menjadi agen penghalang kepada nyamuk untuk mendekati kita.Walau bagaimanapun,adakah ia benar-benar ataupun ia hanya mitos semata-mata?

Berdasarkan jurnal yang diterbitkan oleh United States Department of Agriculture menyatakan,pokok ini akan membebaskan sejenis bau jika ia disentuh walau sedikit pun.Menariknya,jika kita sebagai manusia,bau yang dibebaskan oleh pokok ini adalah bau yang sangat wangi.Bau itu seakan-akan seperti pokok serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopogon nardus.

Walau bagaimanapun,bau pokok serai wangi sememangnya tidak disukai oleh serangga.Tetapi bagaimana pula dengan pokok penghalau nyamuk ini?
Ada pendapat mengatakan,pokok ini mengeluarkan bau yang agak kuat dan ia seakan-akan bau aerosol penyembur serangga.Sama seperti aerosol yang akan membebaskan cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara,begitu juga pokok ini.

Setiap kali disentuh,ia akan membebaskan sejenis habuk halus beserta bau yang tidak disukai nyamuk.Ada juga pendapat mengatakan,bagi mendapat kesan yang lebih baik,daunnya perlu diramas ataupun direnyuk terlebih dahulu,kemudian disapu pada badan supaya tidak dihampiri oleh nyamuk.

Ekoran daripada itu,kebanyakan pencari tumbuhan ini akan disogokkan dengan cerita ‘kehebatan’ nya oleh kebanyakan nurseri.Walau bagaimanapun,menurut pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan,Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia (UPM),Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,setakat ini belum ada kajian secara terperinci yang dilakukan oleh para saintis mengenai kelebihan pokok ini bertindak sedemikian.

Malah,menurut American Botanical Council,tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan saja atau dalam istilah sainsnya geranium.Walaupun mengeluarkan sejenis bau apabila bertindak balas dengan sentuhan,selepas diuji,bau yang dibebaskan oleh tumbuhan ini sebenarnya tidak menawarkan perkhidmatan perlindungan daripada gigitan nyamuk atau serangga.

Setakat ini masih belum ada bukti kukuh tentang keberkesanan tumbuhan ini sebagai agem penghalau nyamuk,namun ia tetap diminati ramai.Ditambah pula saiznya yang kecil dan mudah diletakkan di kawasan rumah,ia menjadi pilihan utama sebagai penghias laman.Penjagaannya agak sedikit rumit kerana ia perlu disiram 2 kali sehari dan tidak boleh terdedah di bawah sinaran cahaya matahari yang terik.Jika tidak,tumuhan ini akan layu dan mati..

Kepada yang berminat untuk menyerikan laman rumah tu,dipersilakan untuk membeli tumbuhan renek ini bagi mencantikkan laman rumah korang jika berminat..opss…maaf,saya tidak menjual tumbuhan renek tersebut,saya cuma berkongsi info dengan korang..kalau berminat,boleh search di Uncle Google untuk mencari maklumat mengenainya..Terima Kasih.. ;)

Pepatung rawat kencing malam?

Unknown | 21:48 | 0Comments |




Sapa suka kencing malam waktu kecik kecik dulu??Apabila soalan nih ditanya,pasti ada dalam kalangan korang yang tersipu-sipu malu dan tak mahu mengaku..heheh..normal la kalau macam tu.Perbuatan kencing malam bukan disengajakan,malah ketika kecil,mungkin kita rasa macam mimpi je kan,padahal betul-betul jadi..heheh..sape yang tak nak mengaku tu?hmm..tak normal lah..haha..

Umumnya kita ketahui tabiat terkencing ketika sedang tidur sering kali dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.Pada usia begini,ia merupakan satu situasi normal yang dihadapi oleh semua orang ketika mereka kecil.Malah,ia bukanlah perkara serius kerana tabiat tersebut akan hilang dengan sendirinya.

Walau bagaimanapun,mungkin terdapat dalam kalangan kita yang sehingga kini walaupun sudah dewasa masih mempunyai tabiat tersebut dan sukar dibuang dan mungkin juga sehingga menjadi bualan rakan-rakan.Huh!Mimpi ngeri lah anda!Hehe..Yer lah,dah jad bualan rakan-rakan,kira melibatkan maruah dah tu..tapi tak mengapa,saya cuba berkongsi info ini.

Untuk menghilangkan tabiat tersebut,pesakit boleh mencuba rawatan tradisional ini.Rawatan tradisional ini menggunakaan sejenis serangga yang dikenali sebagai pepatung.Serangga berkenaan diletakkan di bahagian pusat si pesakit untuk digigit selama beberapa minit.Kaedah ini harus dilakukan sewaktu pesakit sedang tidur.Ia bertujuan bagi mengelakkan rasa sakit akibat kesan gigitan serangga itu.Sesetengah orang juga percaya kononnya tempoh berkenaan amat sesuai dilakukan dan dilihat lebih cepat merawat tabiat terkucil tengah malam.

Timbul pula persoalan,sejauh manakah keberkesanan kaedah rawatan ini yang dikatakan mampu menyembuhkan tabiat kencing ketika sedang tidur?Da,apakah penjelasan yang boleh dikemukakan melalui bidang perubatan terhadap perkara ini.
Menurut Ketua Jabatan Pediatrik,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Putra Malaysia (UPM),Dr. Mohd. Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin,agak sukar untuk mengesahkan kaedah rawatn tersebut yang dikatakan boleh memulihkan seseorang yang mengalami masalah tersebut.Malah,sehingga ke hari ini,belum ada sebarang penyelidikan khusus di Malaysia atau luar negara yang merujuk pada kaedah rawatan menggunakan pepatung.

Bagaimanapun,katanya,terdapat satu penyelidikan pernah dilakukan untuk merawat tabiat ini.Ia dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan tradisional dari China dan kaedah rawatan yang diguna pakai adalah menggunakan rawatan akupuntur.Malangnya,kajian yang dilakukan masih lagi gagal dan tidak berkesan merawat tabiat kencing malam.

Jelas Dr Mohd Feizel lagi,secara definisinya kencing malang adalah satu tabiat dalam kalangan kanak-kanak di mana mereka dengan tak sengaja terkencing pada waktu malam.Berdasarkan kajian secara klinikal,tabiat ini berlaku secara tak sengaja sebanyak 2 kali dalam seminggu selama 3 bulan secara berterusan.Kanak-kanak yang mengalami masalah ini biasanya melibatkan usia lebih daripada 5 tahun.

Kajian perubatan mendapati banyak sebab berlakunya gejala ini.Pun begitu,terdapat 2 punca utama yang sering dikaitkan dengan tabiat kencing malam iaitu ketidakmatangan sistem perkembangan kanak-kanak dan faktor genetik atau kekeluargaan.Selebihnya seperti jangkita kuman dalam kencing,masalah sembelit dan struktur buah pinggang yang tak normal.Sementara tekanan perasaan menunjukkan peratusan yang kecil dikaitkan sebagai penyebab tabiat ini berlaku.

Terdapat 3 peringkat kaedah rawatan yang sering dilakukan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.Pertama,kaedah rawatan konservatif.Sebagai contoh,pakar perubatan selalunya akan member bimbingan dan nasihat kepada ibu bapa yang mengalami situasi anak yang sering terkencing ketika sedang tidur.Antaranya,menyarankan mereka agar tidak member anak-anak minum air yang banyak sebelum tidur,pastikan ank kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan elakkan meminum minuman bergas,kafein atau the pada waktu malam.

Sekiranya kaedah konservatif tidak berjaya,pakar perubatan akan menggunakan kaedah seterusnya di mana sejenis alat penggera yang mengesan tabiat ini akan digunakan.Ia merupakan sejenis alat yang direka khas untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam.Apabila keadaan itu berlaku,alat penggera tersebut akan mengeluarkan bunyi kuat sekali gus mengejutkan kanak-kanak yang mengalami masalah ini untuk bangun membersihkan diri ke bilik air.

Jika kaedah penggunaan alat penggera tak berjaya,kaedah terakhir yang digunakan adalah menyarankan pengambilan sejenis ubat yang dikenali sebagai Desmopressin.Ia merupakan sejenis ubat hormone yang mampu mengurangkan pengeluaran kencing pada waktu malam.

Pengambilan ubat ini biasanya disarankan diambil hanya sekali saja sehari sebelum tidur.Ia tiada kesan sampingan.Pengambilan ubat ini sangat selamat untuk digunakan mengikut garis panduan daripada pakar perubatan.

Berdasarkan rekod kes di Malaysia,tabiat ini banyak dilaporkan berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.Soalannya kenapa kanak-kanak lelaki sering kali mengalami masalah ini?Setakat ini,saintis tidak ada jawapan kenapa kanak-kanak lelaki selalu mengalami masalah ini berbanding perempuan.Namun,sesuatu yang jelas,berkemungkinan proses kematangan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan menjadikan masalah ini kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki.

Cara rawat marah

Unknown | 21:44 | 0Comments |




Kita kadang-kadang suka sangat marah tak tentu pasal kan..cepat sangat melenting bila ada perkara yang bercanggah dengan fikiran kita dan bila ada orang yang cuba usik sensitivity diri kita.Saya juga mungkin tak terlepas daripada sifat marah tersebut.Dan sememangnya semua dah tahu bahawa orang wanita nih memang terkenal dengan emosi yang berlebihan..huhu..tetapi tak sume macam tu,dalam beremosi juga,kaum hawa sesetengahnya masih boleh mengawal diri..tak seperti kaum adam yang kadang-kadang memang cepat baran..dan ego.heee…
Jadi,macam mana kita nak merawat marah kita nih?yang membakar dalam diri..
Pertama sekali,baca ta’awwuz.Apabila datangnya marah,banyakkan membaca Ta’awwuz.Berlindunglah daripada syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.Bacaan Ta’awwuz itu ialah :
A’uzubillahiminashsyaitanirrajim.
Maksudnya: Aku berlindung diri kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Kedua pulak,ha..camner kita nak kawal marah kita nih??Kita boleh kawal marah dengan mengubah posisi.Ubah posisi anda ketika marah kepada posisi yang lain.Misalnya,jika sedang berdiri,cubalah duduk;jika sedang duduk,cubalah berbaring.Jika berada dalam bilik,cubalah keluar ke tempat lain.Jika tidak boleh juga hilang marah,cubalah tidur kerana ia akan meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur.

Ketiga pula,Mengambil wuduk.Apabila kemarahan sedang meuncak,digalakkan untuk mengambil wuduk kerana wuduk dapat menyejukkan api kemarahan yang sedang membara.

Perkara keempat,banyakkan berzikir.Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah S.W.T. kerana syaitan mudah menguasai seseorang yang hatinya lalai mengingati Allah S.W.T.

Sumber rujukan : Buku “Menangani Sifat Marah” oleh Dato’ Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah.

TAUBAT SI PEMINUM ARAK

Unknown | 21:29 | 0Comments |





Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Parsi di bawah pimpinan panglima tenteranya yang terkenal Rostum,Abi Mihjan r.a. telah turut sama kerana mengejar syahadah iaitu mati syahid..

Walau bagaimanapun,impiannya untuk tersenarai sebagai seorang tentera yang mati kerana memperjuangkan agama Allah dan akan mendapat keampunan daripada dosa-dosa,hamper-hampir terbantut kerana hukuman kurung sebelum disebat telah dikenakan kepadanya akibat kesalahan meminum arak.

Ketika Abu Mihjan dikurung untuk menanti hukuman,tentera Islam pimpinan Sa’ad r.a. mara ke medan meneruskan peperangan.Peperangan yang berlaku begitu sengit sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Parsi.Apabila Abu Mihjan menyedari keadaan umat Islam makin kritikal diserang tentera musuh yang mempunyai bilangan yang lebih ramai,beliau telah memujuk isteri Sa’ad bin Abi Waqqas untuk dia dilepaskan dan boleh menyertai tentera Islam meneruskan jihad.

Sesetengah riwayat dalam Hayat al-Sahabah menyatakan dia telah merayu kepada hamba perempuan Sa’ad agar dikasihani dan diberi peluang menyertai tentera Islam.Pada awalnya wanita itu rasa keberatan untuk melepaskannya,tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan  kembali semula ke penjara untuk dihukum jika dia tidak mati syahid,beliau pun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Parsi itu,tiba-tiba Sa’ad berasa hairan melihat kelibat seorang panglima yang menaiki kuda yang dikenalinya dalam keadaan menutup muka,merempuh kepungan tentera musuh.Tentera itu sangat hebat dan pantas,sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Parsi tersebut.Setelah selesai pertempuran hari itu,tentera-tentera Islam kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera yang menyertai mereka pada minit-minit terakhir itu.Sesetengah membayangkan kemungkinan Allah s.w.t. telah mendatangkan pertolongan dari kalangan Malaikat.Apabila Sa’ad mendengar kata-kata tersebut,beliau menyatakan : “Dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku.”

Sa’ad bin Abi Waqqas seterusnya memberikan kepastian bahawa tentera berkuda itu ialah Abu Mihjan yang menanti hukuman kerana meminum arak.Kisah ini ada dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang.Setelah mendapat kepastian daripada isterinya ataupun hamba perempuannya,Sa’ad kemudiannya melaspakan Abu Mihjan daripada hukuman itu.Beliau membuat perakuan dan bertaubat tidak akan meminum arak lagi.Janji Abu Mihjan itu telah ditepatinya apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya.Wallauha’lam..

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

▼

Powered By Blogger Widgets

Open Cbox