Erti
sahabat...
mempunyai
satu sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri
sendiri.
persahabatan
sering mengalami beberapa ujian,tetapi persahaabaatan sejati boleh mengatasi
ujian itu bahkan harum bersama kerananya..
Persahabatan
tidak terjalin secara automatik,tetapi memerlukan proses yang panjang seperti
besi menajamkan besinya,demikianlah sahabat yang menajamkan sahabatnya..
persahabatan
diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan
duka,dihibur-disakiti,diperhatikan-dikecewakan,didengarkan-diabaikan,dibantu-ditolak,namun
semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..
seorang
sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari
perselisihan,justeru ,kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya..
sahabat
tidak pernah melakukan sesuatu tanpa sebab hanya dengan niat agar sahabatnya
yang menyakiti hatinya mahu berubah menjadi lebih baik..
semua
orang pasti memerlukan sahabat sejati,namun tidak semua orang berhasil
mendapatkannya.Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan
namun,ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
proses
dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan,tetapi
bukan di saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari
perhatian,pertolongan dan pernyataan kasih daripada orang lain.
Kerinduannya
adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya.kerana tiada persahabatan
yang di mulakan dengan sifat ego..
Siapa
yang berada di samping kamu??Siapa yang mengasihi kamu??Siapa yang ingin
bersama kamu saat kamu memerlukan??
MEREKALAH
SAHABATMU..Peliharalah dan hargailah selalu persahabatanmu..
Ingatlah
saat terakhir kamu berada dalam kesusahan..
Apa
yang kita alami demi teman,sahabat-sahabat..kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan
namun itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah..

No comments:
Post a Comment