suka
sekali untuk berkongsi ilmu sedikit dalam entri saya kali ini..ya..nampak macam
menarik ja untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain..so,saya mengambil
kesempatan ini untuk membuat satu entri berkenaan 'Pelihara diri dan keluarga
daripada api neraka"...saya mengaku saya bukanlah sempurna untuk membicara
berkenaan syurga dan neraka ini tetapi saya tertarik untuk berkongsi ilmu..saya ingin petik daripada kata-kata Imam Hassan al Basri..
"Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan
kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri,
seandainya
seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna ,nescaya
tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi
peringatan."
Ok..jom
baca info mengenai ayat nih ;
Renung-renungkanlah
maksud ayat daripada surah al-Tahrim ayat enam ini.Betapa indahnya kalamullah menusuk
hati-hati yang ingin mengambil iktibar.Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:"Wahai orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."
Kupasan
ayat :
Betapa
indahnya ayat ini mengingatkan kita agar memelihara dan menjaga diri kita
sendiri daripada melakukan perkara yang tidak disukai Allah.Allah mengingatkan
agar menyelamatkan diri daripada azab dashyat api neraka dengan melakukan
perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Jauhilah
ikutan semasa yang menjadikan kita Muslim yang hilang identitinya kerana disapa
angin jahiliah.Tetapkanlah pendirian dan pastikan segala tindak tanduk kita
menurut panduan wahyu bukannya nafsu.Renungilah supaya segala tindakan yang
diambil kerana kefahaman,bukannya kerana ikut-ikutan insan lain.Jadilah Muslim
yang mengenali diri dan melakukan sesuatu kerana menyayangi dirinya daripada
jatuh ke kancah api neraka yang marak menyala ditemani malaikat yang garang dan
bengis.
Indah
sungguh hidup bersama Islam kerana Allah sentiasa menyayangi kita dengan
kata-kata-NYA yang tersisip indah dalam al-Quran.Ia memberi peringatan dan
panduan agar manusia yang sering alpa tidak teraniaya dan hidup bahagia di
dunia dan di akhirat..

No comments:
Post a Comment