sangat
tertarik dengan satu artikel berkenaan siapakah Dzatu Nithaqain..jom kita kenal
bersama-sama siapakah Dzatu Nithaqain..
Makanan
sudah siap dibungkus menjadi bekalan.Dia perlu membawa bekalan ini kepada
ayahnya dan sahabat baik ayahnya.Demikianlah tugas yang diamanahkan
kepadanya.Tidak boleh tidak,mahu tidak mahu,amanah perlu dilakukan sebaik
mungkin.Ayahnya menemani sahabatnya bersembunyi daripada kafir Quraisy yang
mahu membunuhnya.Bahkan musuh sudah mengumpulkan pahlawan gagah perkasa untuk
menamatkan riwayat sahabat ayahnya itu.
Bekalan
yang dibawa perlu sampai setiap petang.Disebabkan keadaan Bukit Tsur yang
berbatu dan tinggi,dia tidak boleh memegang bekalan itu dengan tangannya.Lantas
di ambil tali pengikat pinggangnya dan dikoyak menjadi dua.Diikatkan bekalan
itu pada pinggangnya.Kini dia sudah memiliki dua tali pinggang.Kebijaksanaan
dan kecerdasannya jelas terserlah.
Inilah
dia serikandi Islam yang agung;Asma' binti Abu Bakar r.ha.Digelarkannya oleh
Rasulullah s.a.w. sebagai Dzatu Nithaqain yang bermaksud,'Yang memiliki dua
tali pinggang'.Gelaran ini diperoleh hasil daripada tindakan bijaknya dalam
peristiwa hijrah rasul.Pengorbanannya kepada perjuangan Islam tidak
ternilai.Asma' binti Abu Bakar r.ha. adalah antara warga Makkah terawak yang
menerima Islam.Suaminya Zubair bin Awwam r.a. dan anaknya pula bernama Abdullah
bin Zubair r.a.
Dalam
peristiwa hijrah juga,Asma' binti Abu Bakar r.ha juga diugut oleh Abu Jahal
supaya dibongkarkan rahsia di mana Abu Bakar r.ha bersembunyi.Asma' tidak
gentar walaupun pipinya ditampar dan bibirnya berdarah.Dia tetap menjaga
rahsia.Apa yang dia fikirkan adalah mahu membawa sedikit makanan kepada Abu
Bakar as-Siddiq r.ha dan Rasulullah s.a.w.
Abu
Quhafah,datuknya adalah seorang yang buta,datang memohon kepastian adakah Abu
Bakar as-Siddiq r.ha meninggalkan makanan dan harta.Asma' membuat helah dengan
meletakkan batu-batu di dalam uncang dan memberikan kepada Abu Quhafah bagi
menunjukkan ada bekalan ditinggalkan oleh Abu Bakar as-Siddiq r.ha.Sedangkan
tiada harta yang ditinggalkan walaupun sedikit.Asma' binti Abu Bakar r.ha
bersama adiknya Abdullah bin Abu Bakar r.ha menjadi orang penting dalam
peristiwa hijrah rasul.Masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan setiap
hari.
Asma'
binti Abu Bakar r.ha juga merupakan wanita muhajirin yang terakhir meninggal
dunia.Umurnya panjang sehingga sempat menyaksikan kematian anaknya Abdullah bin
Zubair r.a. .Empat orang ahli keluarganya adalah golongan Sahabat iaitu
dirinya,ayahnya,datuknya,adiknya dan anaknya..

No comments:
Post a Comment